Latar Belakang Fakulti

Latar Belakang.

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Sebelum kewujudan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK), ia berasal dari Fakulti Sastera (1970) yang mengandungi 6 buah Jabatan, iaitu Jabatan Bahasa dan Sastera Melayu, Jabatan Ekonomi dan Perdagangan, Jabatan Ilmu Alam, Jabatan Kajimasyarakat, Jabatan Sejarah dan Unit Bahasa-bahasa.

Fakulti Sastera memulakan era baru pada tahun 1974 setelah lebih 3 tahun bergerak menerajui bersama-sama sejak penubuhan UKM pada Mei 1970. Fakulti Sastera menghadapi zaman kekacauan dan pancaroba apabila 2 jabatan penting iaitu Jabatan Bahasa dan Sastera Melayu dan Jabatan Ekonomi,telah membuat keputusan untuk keluar dari Fakulti Sastera. Kedua-dua jabatan ini masing-masing mengembangkan empayar baru menjadi Institut Bahasa, Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu (IBKKM) dan Fakulti Ekonomi.

Fakulti Sastera kemudiannya menukar nama fakulti kepada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK) dengan harapan nama baru itu lebih mencerminkan sifat ilmu yang sedang diperkembangkan.

Pusat Bahasa telah menukar namanya secara rasmi dan dikenali dengan nama Fakulti Pengajian Bahasa (FPB) bermula 1 Mac 1996. Sehubungan dengan itu, unit-unit dibawah FPB juga dinaikkan taraf jabatan dan ditukar nama iaitu Unit Kemahiran Bahasa Inggeris kepada Jabatan Kemahiran Bahasa Inggeris, Unit Kemahiran Bahasa Asing kepada Jabatan Pengajian Bahasa Asing dan Unit Kemahiran Bahasa Melayu dan Terjemahan kepada Jabatan Bahasa Melayu dan Terjemahan. Struktur organisasi FPB masih dikekalkan dibawah pentadbiran seorang Dekan iaitu Prof. Madya Dr. Zawiyah Yahya dan dua orang Timbalan Dekan iaitu Dr. Nooreiny Maarof dan Dr. Supyan Hussin ( sekarang : Prof. Dr. Supyan Hussin).

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK) telah dilancarkan pada 15 November 2001 hasil penstrukturan semula tiga rumpun sains sosial. Fakulti-fakulti yang terbabit dalam penstrukturan semula itu adalah Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK), Fakulti Pengajian Bahasa (FPB) dan Fakulti Sains Pembangunan (FSP). Rasional pemilihan nama FSSK ialah:

  • Membayangkan satu pusat keilmuan yang mengendalikan program dalam  bidang ilmu sains sosial dan ilmu kemanusiaan
  • Mengendalikan kursus teras disiplin dan multidisiplin dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan
  • Untuk menggambarkan kesepaduan ilmu yang berkongsi asas-asas espitemologi dan metadologi yang sepunya.

sumber :

Laporan Tahunan Pertama UKM 1970-1971, Laporan Tahunan UKM 1996

Mohd Ali Kamaruddin (2006). Universiti Kebangsaan Malaysia Sejarah Penubuhan. Bangi: Penerbit UKM.

Syed Arabi Idid & Rahmah Hashim (1995). Seminar Meninjau Kembali Pencapaian FSKK. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan )