Majlis Menandatangani Surat Hasrat antara FSSK dan PERSIDAYA
Dimaklumkan Majlis Menandatangani Surat Hasrat antara Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dan Persatuan Pencinta Seni Budaya (PERSIDAYA) telah diadakan di FSSK pada 23 September 2020 jam 2.30 petang.
Surat Hasrat ini telah ditandandatangi oleh Dekan FSSK, Prof. Dr. Hazita Azman, dan Pengerusi PERSIDAYA, Puan Aniza Musa. PERSIDAYA telah melantik FSSK untuk melaksanakan Kajian Impak Keberkesanan Perlaksanaan Sedekad Program PERMATA/GENIUS Seni, yang akan diketuai oleh Dr. Nur Afifah Vanitha binti Abdullah.
Sekalung tahniah diucapkan.