Perutusan Dekan
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Saya, Profesor Dr. Hazita Azman, DEKAN, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, serta seluruh wargs FSSK, mengalu-alukan anda semua ke UKM dan FSSK.
Kami amat teruja untuk memulakan sesi baharu ini dengan anda semua dan meneruskan hasrat dan cita-cita anda untuk menjayakan pengajian dalam program-program pilihan anda di enam pusat kajian dibawah naungan FSSK.
Dari anggaran sepuluh ribu permohonan yang kami terima, anda merupakan dikalangan hampir enam ratus atau 6 % sahaja yang telah dipilih.
Jadi anda sememangnya terbilang dan boleh berbangga kerana telah berjaya untuk melanjutkan pengajian anda di FSSK dan di UKM, yang terangkum dalam 200 universiti terbaik di dunia.
Ini adalah kerana dalam suasana norma baharu,terkesan dari gejala pandemik global COVID-19, urusan kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu diadaptasikan dengan sepenuhnya dan dijalankan secara dalam talian.
Timbalah Dekan Pra-Siswazah dan Ketua-ketua program akan juga memaklumkan kepada semua pelajar berkenaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran berbentuk blended learning atau hybrid learning yang akan dilaksanakan di tahap program masing-masing.
Kami amat prihatin dengan cabaran yang mungkin anda hadapi dalam pendekatan norma baharu ini seperti isu-isu capaian internet dan data internet yang terhad dan sebagainya.
Jika anda mengalami masalah capaian, kos data, perolehan alat dan sebagainya saya mohon anda berhubung dengan pihak program atau fakulti untuk kami membantu.
Jika anda mengalami masalah pembelajaran, emosi, dan stress juga, akibat terkesan dari pengalamannorma baharu ini, saya harap anda akan terus menghubungi kami juga untuk mendapat bantuan kaunseling dari pakar di fakulti.
Setiap warga FSSK amat komited untuk mendorong anda semua mencapai kejayaan dalam pengajian anda sehinggalah bergraduasi.
Maka besarlah harapan saya anda semua akan mengoptimumkan semasa tempoh pengajian di FSSK untuk mengembangkan akal dan minda serta meningkatkan kemahiran dan kompetensi, sambil mendalamkan ilmu pengetahuan dalam bidang pilihan anda, dan bergraduat sebagai seorang graduan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara; serta tidak lupa untuk menyumbang balik kepada fakulti anda sebagai seorang alumnus yang prihatin.
Pihak fakulti akan terus mengeluarkan pemaklumankepada seluruh warga pelajar dari semasa ke semasaakan perkembangan dan arahan terkini dari pihakuniversiti dan pihak berkuasa.
Semoga terus bertanggung jawab mematuhi SOP— elakkan 3 C; amalkan 3 W. Saya ingin mengakhiri dengan serangkap pantun khas buat anda semua:
Ilmu itu pelita hati
Ibarat cahaya penerang hari
Tuntutan ilmu bermulanya disini
Di FSSK, bersama kami.
Sekian, selamat maju jaya dan hastag kita hebat bersama!