Seminar Penyelidikan Siswazah (POGRES)

Sukacita  dimaklumkan bahawa Sekretariat Siswazah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Seminar Penyelidikan Siswazah pada 3 Disember 2020.

Tema POGRES2020 ialah: ‘MEMPERKASAKAN SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN DALAM KELAZIMAN BARU/ EMPOWERING SOCIAL SCIENCES AND HUMANITIES IN THE NEW NORM’.

Seminar ini akan diadakan sepenuhnya dalam talian dan penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar siswazah.

Peserta seminar boleh menghantar abstrak panjang (extended abstract) dalam Empat Bidang Utama iaitu:

  1. Bahasa dan Komunikasi
  2. Pembangunan dan Kesejahteraan Manusia
  3. Warisan Alam dan Ketamadunan
  4. Global

Abstrak panjang tersebut akan dimuatkan dalam E-Prosiding POGRES2020. Pembentangan peserta akan diadakan menggunakan pelantar Youtube oleh itu peserta harus menyediakan video pembentangan.  Templat abstrak panjang dan video boleh dirujuk dalam laman web POGRES2020 iaitu di www.ukm.my/pogres/

Tarikh-tarikh penting:

Panggilan abstrak panjang/ pembentangan: 15 Oktober 2020
Tarikh akhir penghantaran abstrak panjang: 22 November 2020
Tarikh akhir penghantaran video pembentangan: 1 Disember 2020
Tarikh persidangan: 3 Disember 2020

Yuran persidangan POGRES2020: RM50.00.

Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput pelajar siswazah di bawah seliaan YBhg. Prof./Dato’ /Datin/Tuan/Puan  untuk menghantar abstrak mengikut empat bidang utama yang dinyatakan di atas.  Abstrak dan video pembentangan boleh dihantar ke alamat emel pogresfssk@ukm.edu.my.  Pembentangan peserta akan dilakukan dalam bentuk video yang akan ditunjukkan pada hari seminar tersebut melalui medium YouTube.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Sekretariat Seminar melalui emel pogresfssk@ukm.edu.my

Sila layari laman web POGRES2020 di www.ukm.my/pogres/