Tahniah Unit Pakar Kesejahteraan Psikologi & Kaunseling (PKPK)

Tahniah diucapkan kepada Dr. Abdul Rahman Ahmad Badayai selaku Ketua Unit Pakar Kesejahteraan Psikologi & Kaunseling (PKPK) kerana telah menerima sijil penghargaan dalam Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Organisasi Sokongan Psikososial Secara Dalam Talian pada 8 Oktober 2020  sempena Seminar Tahunan Kesihatan “Mental Sihat, Wanita Hebat” Tahun 2020 Anjuran Puspanita Kebangsaan. Sekalung tahniah diucapkan.