Bahagian Makmal dan Kerja Lapangan memainkan peranan penting bagi
membantu aktiviti pengajaran pelajar melibatkan amali dan kerjalapangan.
Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab mengurus kemudahan dan
peralatan serta aktiviti berkaitan makmal di fakulti.
Bahagian in terdiri daripada 5 unit iaitu Unit Sains Fizik, Unit Sains Kimia, Unit Sains Sekitaran,
Unit Sains Biologi dan Unit Sains Matematik. Setiap unit juga mempunyai beberapa sub-
unit seperti unit Sains Geologi, unit Sains Biokimia, unit Sains Nuklear dan lain-lain. Setiap
unit dan sub-unit ini bertanggungjawab mengurus operasi makmal pengajaran
dan penyelidikan mengikut bidang.