Faculty of Science and Technology

Pengenalan

Penyelidik dan peserta dari institusi pengajian tinggi, kolej, sekolah, institusi penyelidikan dan pihak berkepentingan dijemput untuk menyertai pertandingan  penyelidikan dan  inovasi sempena sambutan 25 tahun Jubli Perak Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Ianya menjadi wadah pertemuan antara pensyarah, penyelidik, pelajar universiti, pelajar kolej serta pelajar sekolah bagi menonjolkan hasil penyelidikan serta inovasi masing-masing. Kehadiran pihak industri akan memberi peluang kepada hasil penyelidikan dan inovasi berpotensi untuk diangkat ke peringkat pengkomersilan.

Pameran dari jabatan-jabatan di Fakulti Sains dan Teknologi, Taman Botani Bangi, syarikat pemula FST serta industri juga dibuka untuk memberikan pendedahan kepada umum aktiviti penyelidikan, kepakaran serta perkhidmatan yang ditawarkan.

Objektif program

Menjadi wadah perkongsian kajian dan inovasi penyelidik FST dan semua penyelidik daripada universiti atau Institusi Penyelidikan Malaysia

Menggalakkan penyelidik / pencipta di peringkat sekolah menengah, matrikulasi, asasi, prasiswazah, siswazah mempamerkan inovasi mereka

Mengumpulkan penyelidik/pencipta dengan kemungkinan kolaborasi atau pertemuan dengan pemegang taruh

Bidang Tumpuan

HAPI2025 tertumpu kepada LAPAN (8) bidang utama, Rentas Disiplin Sains iaitu:

  • Biologi dan Bioteknologi
  • Fizik Gunaan
  • Kimia
  • Matematik
  • Sains Bumi dan Sekitaran
  • Sains Makanan dan Pemakanan
  • Rentas Bidang Sains
  • Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Tentatif Jadual

MASA AGENDA
8.00 – 9.00 am
Pendaftaran & Susun Atur Bahan Pameran
9.00 – 9.30 am
Perasmian & Sesi Bergambar
9.30 – 10.00 am
Minum pagi
10.15 – 12.45 pm
Sesi Penilaian Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi // Reruai Pameran Penyelidikan FST
1.00 – 2.00 pm
Makan tengahari // Solat Zohor // Reruai Pameran
2.15 – 4.00 pm
Forum Pencapaian, Cabaran, dan Halatuju Penyelidikan FST
4.00 – 4.30 pm
Pengumuman Pemenang & Penyampaian Hadiah
4.30 – 5.00 pm
Penutup dan Majlis Bersurai

Terma dan Syarat Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi

  1. Kaedah Penyertaan:
    • Penyertaan adalah secara berkumpulan atau secara individu dengan hanya ketua kumpulan mendaftar secara dalam talian untuk menyertai pertandingan ini.
    • Yuran yang dikenakan meliputi:
      • kos pendaftaran, ruang poster dan pameran,
      • jamuan makan untuk peserta berdaftar (minum pagi, makan tengahari dan minum petang),
      • pingat dan sijil.
    • Pembayaran boleh dilakukan melalui: Pautan Pembayaran.
    • Peserta perlu melengkapkan semua butiran yang diperlukan dalam Borang Pendaftaran yang disediakan.
  2. Yuran Penyertaan:

    • Yuran penyertaan yang dikenakan adalah seperti yang tertera di bahagian Yuran Penyertaan.

    • Penyertaan tambahan oleh kumpulan sama dikenakan bayaran tambahan.

    • Tambahan peserta hadir sewaktu HAPI2025 dikenakan bayaran RM40 satu peserta dengan diberikan kupon jamuan.

  3. Bahan Penyelidikan dan Pameran:
    • Bahan penyelidikan dan pameran yang dipertandingkan perlu asli dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber,
    • Bahan tersebut juga bukan diambil daripada idea sedia ada yang telah dilindungi sebagai harta intelek (paten, hakcipta dan seumpamanya), dikomersil, atau diterbitkan.
    • Saiz poster mestilah A1 (594mm X 841mm, potret [menegak]).
    • Meja pameran bersaiz 2 kaki x 3 kaki juga disediakan.
  4. Bahasa:
    • Hanya penyertaan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja diterima dan akan dinilai.
  5. Garis Panduan Kandungan:
    • Setiap peserta dilarang menyentuh isu sensitif berkaitan kebudayaan, agama, individu atau organisasi.
  6. Tarikh Tutup Pendaftaran:
    • Pendaftaran ke pertandingan ini ditutup pada 20 April 2025.
    • Pihak urusetia berhak untuk menolak sebarang penyertaan yang dibuat selepas tarikh tutup.
  7. Penjurian dan Keputusan:
    • Penyertaan pertandingan akan dinilai oleh juri yang dilantik khas dan keputusan juri adalah muktamad.
    • Rayuan tidak akan dilayan.
    • Semua pemenang akan diumumkan pada petang 21 Mei 2025.
  8. Kriteria Penilaian:
    Kriteria penilaian adalah seperti berikut:

     i. Keaslian dan kreativiti (25%)
     ii. Kebolehlaksanaan Teknikal (20%)
     iii. Kesan dan Aplikasi (20%)
     iv. Pembentangan dan Komunikasi (15%)
     v.  Kemampanan dan Pertimbangan Etika (10%)
     vi. Kerjasama dan Kerja Berpasukan (10%)

Hadiah Pemenang

Emas

Pingat Emas, Wang Tunai RM 200 & Sijil

Perak

Pingat Perak & Sijil

Gangsa

Pingat Gangsa & Sijil

Yuran Penyertaan

  1. Yuran bagi setiap penyertaan adalah seperti dinyatakan dalam jadual berikut. Pembayaran boleh dilakukan melalui Pautan Pembayaran dan memasukkan maklumat pembayaran pada Borang Pendaftaran.
  2. Individu atau kumpulan boleh mendaftar lebih daripada satu penyertaan dengan yuran dikenakan bagi setiap penyertaan dengan membayar yuran seperti tertera dibawah:
JENIS HARGA (RM)
Peserta FST, UKM
160.00
Peserta luar FST, UKM
200.00
Pelajar Sekolah/Kolej/Prasiswazah (Dua individu satu kumpulan)
200.00
Peserta Tambahan / Pengiring Kumpulan (Kupon Jamuan bagi satu orang)
40.00


3. Pemohon perlu melampirkan resit pembayaran melalui bank secara dalam talian dengan mengemukakannya dalam Borang Pendaftaran.

4. Tiada pemulangan yuran penyertaan (Sila hubungi sekretariat untuk sebarang perubahan).

Pendaftaran

Tarikh Tutup Pendaftaran

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 April 2025 

Pertanyaan

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi hapi2025@ukm.edu.my