Faculty of Science and Technology
Terokai sorotan aktiviti menarik yang dianjurkan oleh FST. Ketahui lebih banyak aktiviti dan perkembangan terkini di http://www.facebook.com/fstukmbangi
7 Oktober, Ulu Slim – International Geothermal Week Malaysia 2025 (IGWM2025) telah dianjurkan oleh Geothermal Resources Sdn. Bhd. (GRSB), sebuah syarikat pemula Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan sokongan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Puan Salina Samsudin, ADUN Kawasan Behrang bertempat di Dewan Orang Ramai, Ulu Slim, Perak pada 7 Oktober 2025.
Dalam ucapan aluan, Prof. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) UKM, menekankan kepentingan pusat penyelidikan geoterma di Ulu Slim yang terletak kurang 500 meter daripada lokasi majlis. “Pusat ini diharapkan menjadi mercu tanda penyelidikan tenaga baharu negara hasil kerjasama erat antara industri dan akademia,” katanya.
Selain itu, penghasilan setem khas Pos Malaysia yang memaparkan tiga lokasi air panas utama iaitu Ulu Slim (Perak), Lojing (Kelantan) dan Apas Kiri (Sabah) yang menjadi simbol sokongan terhadap usaha memperkenalkan sumber tenaga geoterma kepada masyarakat.
IGWM2025 berlangsung dari 5 hingga 8 Oktober 2025 dengan pelbagai aktiviti, antaranya pertandingan memancing, kenduri rakyat, pameran industri, sesi demo penyelidikan serta penyerahan beras sumbangan BERNAS kepada masyarakat kampung dan orang Asli. YB Puan Salina Samsudin juga merupakan alumni Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UKM menutup ucapannya dengan harapan agar IGWM2025 menjadi pemangkin kepada pembangunan tenaga hijau negara yang menjadi langkah penting ke arah matlamat sifar bersih karbon menjelang 2050.
Turut hadir YBhg. Prof. ChM Dr. Ishak Ahmad, Dekan FST, YBhg Dato’ Gs. Hj. Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) yang juga merupakan Alumni Geologi UKM (1989 – 1993), YBrs. P.Geol. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Pengarah JMG Selangor yang juga merupakan Alumni Geologi UKM serta wakil-wakil dari PETRONAS, SEDA, I-KOM UKM, ALAF UKM, NewQuest Geotechnology serta agensi dan pemain industri yg lain.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/1N9Jam7wYd/


Cameron Highlands, 6 Oktober – Kumpulan Kelestarian Cerun dan Taman Botani Bangi, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM telah menganjurkan Program SSEDAR – Slope Sustainability Farmer Engagement Discourse for Actionable Realization bagi memperkasa kesedaran petani terhadap pengurusan cerun secara lestari. Majlis ini telah dihadiri oleh Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad, Dekan FST, Prof. Dr. Noraini Talip, Ketua Taman Botani Bangi (TBB), Prof. Madya Zulfahmi Ali Rahman, Penasihat Program SSEDAR, En. Muhamad Walid Osman, Timbalan Pendaftar FST, Puan Siti Norhafizah binti Ahmad Tarmidzi, Pengerusi Program SSEDAR serta pegawai dan kakitangan FST bersama menjayakan program ini.
Program ini menekankan penggunaan kaedah bio-kejuruteraan cerun berasaskan tumbuhan tempatan sebagai alternatif mesra alam bagi mengawal hakisan dan risiko tanah runtuh di kawasan pertanian berbukit. Melalui sesi ceramah, latihan praktikal dan demonstrasi lapangan, peserta didedahkan kepada teknik saintifik yang mudah diaplikasikan di kebun masing-masing.
Inisiatif ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4, 13, 15 dan 17) melalui pendidikan berkualiti, tindakan iklim, perlindungan biodiversiti dan kerjasama pelbagai pihak termasuk MARDI, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan serta Pahang Corporation Sdn. Bhd.
Program ini dibiayai oleh pihak UNESCO melalui geran sumbangan SKUM (GSS) dan diharap menjadi pemangkin kepada amalan pertanian cerun yang lebih lestari dan selamat di Cameron Highlands.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/16PP5KZZyo/


Pulau Perhentian, 5 Oktober 2025 – Program Pembersihan Terumbu Karang dan Kelestarian Laut anjuran bersama FST UKM, HEP-UKM dan RHB Islamik telah diadakan pada 3-5 Oktober 2025. Program dimulakan dengan aktiviti literasi kewangan dan kelestarian ekosistem laut kepada pelajar Sekolah Rendah Pulau Perhentian dan agihan Pusat Zakat UKM kepada asnaf. Beberapa sumbangan lain juga telah diberikan.
Hari Kedua Program Perbersihan Terumbu Karang dan Kelestarian Laut dimulakan dengan pembentangan bendera Malaysia bersaiz 20 meter x 10 meter dalam laut sempena sambutan kemerdekaan.
Seterusnya aktiviti pembersihan terumbu karang melalui penyelaman skuba yang disertai Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), En Roshan Jaffar, Ketua Strategi dan Inovasi RHB, Prof. ChM. Dr Ishak Ahmad Dekan FST serta penyelam dari RHB dan UKM berjumlah 25 orang. Lebih 30 kg sampah berjaya dikutip di dasar laut pada kedalaman sekitar 7 meter. Sampah dipersisir pantai pula dikutip oleh kumpulan pelajar Program Sains Laut bersama staf FST di Pulau Senggereh dan Pulau Rawa. Sekitar 30 kg sampah yang kebanyakannya terdiri daripada botol plastik dan bekas makanan telah berjaya dikutip. Jaring hantu atau Ghost Net juga berjaya ditemui dan diangkut keluar. Ianya menyebabkan kerosakan kepada terumbu karang serta hidupan laut yang boleh tersangkut.
Majlis penutup diadakan dengan refleksi dari para pelajar, Prof Dr Ishak Ahmad Dekan FST, En Roshan RHB Islamik dan dirasmikan oleh Prof Norinsan Kamil TNC HEPA. Kerjasama bersama RHB Islamik bersama UKM seterusnya adalah dalam penyelidikan berkaitan mikroplastik. Oleh kerana kebanyakan sampah ditemui adalah bekas plastik dan ada antaranya kelihatan telah lama berada di dasar laut, menyebabkan pencemaran laut serta mengganggu ekosistem marin. Program sebegini perlu diteruskan agar kelestarian laut terus dikekalkan dan ianya perlukan tindakan bersama demi menjaga kelestarian alam kita.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/16JpCx8poh/

Jepun, 19 Jun 2025 – Fakulti Sains dan Teknologi, UKM amat berbangga apabila para penyelidik kami terus menyerlah di persada antarabangsa. Dr Lam Su Datt, Dr Nurul Asikin Binti Mijan dan Dr Wan Nurfadhilah Binti Zaharim kini mewakili UKM dalam projek penyelidikan antarabangsa yang berprestij bersama RIKEN Nishina Center for Accelerator-Based Science dan Universiti Tohoku di Jepun. Kolaborasi ini dijalankan di bawah program Y-tec anjuran JST-NEXUS, yang menyokong pertukaran saintifik antara Jepun dan negara ASEAN.
Inisiatif ini bertujuan membangunkan teknologi hijau mampan dengan menggabungkan kemudahan penyelidikan bertaraf dunia di Jepun (termasuk superkomputer dan pemecut zarah) dengan kepakaran Malaysia dalam bidang informatik bahan. Fokus utama penyelidikan adalah memanfaatkan sisa pertanian seperti biomass kelapa sawit dan bulu ayam terbuang untuk menghasilkan bahan simpanan tenaga secara lestari, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Sorotan Menarik:
• Dr Nurul Asikin teruja apabila pertama kali berpeluang menggunakan peralatan analisis berteknologi tinggi dan superkomputer, dan berhasrat memperkenalkan teknologi ini di Malaysia.
• Dr Lam Su Datt melaporkan penemuan penting yang menunjukkan potensi bulu ayam terbuang sebagai bahan penyimpanan tenaga haba.
• Dr Wan Nurfadhilah, ketua penyelaras dari Malaysia, telah bekerjasama dengan Dr Watanabe dari RIKEN lebih 10 tahun dan memainkan peranan penting dalam membimbing bakat muda melalui program Y-tec dan Sakura Science.
Daripada 10 penyelidik Malaysia yang terlibat, 7 daripadanya adalah wanita—menunjukkan kepimpinan wanita dalam sains di Malaysia yang semakin menyerlah dan mengagumkan rakan penyelidik Jepun. Sejak bermula pada Disember 2024, projek ini telah berlangsung secara aktif menerusi mesyuarat dalam talian. Pada April 2025, lima penyelidik Malaysia telah ke Jepun untuk menjalani latihan praktikal, pengumpulan data dan penyelidikan bersama di fasiliti terkemuka—sekaligus memperkukuh kefahaman rentas budaya dan merintis kerjasama sains ASEAN-Jepun yang lebih kukuh.
Dr Watanabe berkata: “Memang wujud perbezaan budaya dan sistem pendidikan, namun semangat dan kesungguhan penyelidik muda ini amat luar biasa—ramai pelajar Jepun pun sukar menandingi mereka.”
Apabila ditanya tentang cabaran, ketiga-tiga penyelidik Malaysia melihat perbezaan itu bukan sebagai halangan, tetapi sebagai peluang untuk berkembang. Sikap terbuka dan semangat positif mereka sangat menginspirasikan.
Marilah kita terus meraikan dan menyokong bakat muda ini yang sedang membina masa depan yang lebih hijau dan berhubung melalui kolaborasi antarabangsa.
📖 Baca artikel penuh (dalam Bahasa Jepun): https://www.jst.go.jp/…/nexus/y-tec/note/2024/vol001.html



Bangi, 21 Mei 2025 – Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Hari Penyelidikan dan Inovasi (HAPI) 2025 bersempena sambutan 25 tahun penubuhan FST. Program yang diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi ini merupakan sebahagian daripada Festival of Ideas FST dan telah berlangsung dengan meriah dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor Strategi dan Kewatanan, UKM. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk Pertandingan Penyelidikan & Inovasi, pameran reruai Pusat Kecemerlangan FST, Taman Botani Bangi, JKKP, SMI. Sesi Sembang Bersama Bintang Inovasi bersama Prof. Madya Dr. Khairiah Badri serta forum penyelidikan bertajuk “Dari Makmal ke Komuniti: Impak Penyelidikan Sains di Malaysia” Telah diadakan. Tidak ketinggalan, aktiviti interaktif seperti Teka#Tiub, DNA Hunt dan Kuiz Cepat, Tepat & Menang turut menceriakan suasana.
Program ini berjaya menarik sebanyak 128 penyertaan daripada pelbagai kategori termasuk pelajar sekolah. Selain itu, lebih 300 pengunjung, dari dalam dan luar FST serta peserta antarabangsa.
Peluncuran buku 50 Tahun Jabatan Fizik, Laporan Penyelidikan FST dan FST Directory of Expertise juga telah disempurnakan. Para juri memberikan maklum balas positif terhadap kualiti bahan penyelidikan dan inovasi yang dikongsi dalam HAPI2025. Sambutan hangat ini membuktikan minat dan sokongan yang tinggi terhadap inisiatif penyelidikan dan inovasi yang dibawakan oleh FST.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/16XwryKvKH/



Bangi, 20 Mei 2025 – Karnival Keusahawanan Entreprenow Fiesta telah berlangsung selama empat hari, bermula pada 20 Mei 2025. Program ini telah dianjurkan oleh Eksekutif Keusahawanan dan Inovasi, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) dengan matlamat utama untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan, menggalakkan daya kreativiti, serta menerapkan elemen keusahawanan dalam kalangan pelajar.
Sepanjang karnival ini, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya termasuk jualan makanan dan minuman yang dikendalikan oleh vendor dalam kalangan pelajar sendiri, sesi perkongsian ilmu oleh penerbit kandungan digital The Patriots bertemakan “Educational Content Creator”, serta sesi inspirasi bersama pempengaruh inovasi terkenal, iaitu Amin dan Abid.
Turut diadakan ialah bengkel pembuatan minyak wangi yang dikendalikan oleh Pengarah Perfumers Lab & Academy, serta taklimat berkaitan Program APEX oleh AIA Elite Academy, yang menawarkan kursus selama dua minggu dengan elaun sebanyak RM600 dan pendaftaran dibuka sehingga Julai 2025. Selain itu, aktiviti interaktif seperti Family Feud Flare dan Sci-Fair FLARE turut menceriakan suasana sepanjang karnival.
Program ini turut diserikan dengan pertandingan persembahan band antara kolej dan diakhiri dengan persembahan penutup oleh artis jemputan, Datin Alyah.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Abdul Munir bin Abd. Murad, Timbalan Dekan Siswazah, atas kesudian beliau merasmikan karnival ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga turut ditujukan kepada para penaja, iaitu UEvent, Yayasan Perkasa Siswa, Nomstreet dan PMFST, atas sokongan kewangan yang diberikan, serta kepada semua ahli jawatankuasa dan peserta yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/1JHbEvAfcs/



Pada malam tersebut juga Tabung Alumni FST turut dilancarkan dengan rasminya. Ini memberi ruang dan peluang kepada semua alumni FST bermula tahun 1970 untuk terus menyumbang semula kepada fakulti yang tercinta.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pengurusan FST, ahli jawatankuasa Majlis Makan Malam Sahmura Zamrud. Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada semua penaja yang sudi memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk bagi memeriahkan lagi majlis ini.
Diharapkan FST terus cemerlang untuk melahirkan para ilmuan dan cendikiawan yang tersohor di pentas dunia.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/18mpHLA6SK


Port Dickson, 29 April 2025 – Program Adiwira Plastik: Jom Lindungi Bumi telah berjaya dilaksanakan pada 29 April 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson. Program ini merupakan inisiatif kesedaran alam sekitar yang dianjurkan oleh Program Sains Sekitaran dan Sains Laut, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan sokongan padu daripada warga akademik dan pelajar prasiswazah. Program ini diterajui oleh Dr. Norfazrin Mohd. Hanif selaku penasihat utama, bersama dua penasihat bersama, iaitu Dr. Khairiatul Mardiana Jansar dan Prof. Madya Dr. Masni Mohd Ali.
Objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya berumur antara 10 hingga 12 tahun, mengenai kepentingan mengurangkan penggunaan plastik serta menanamkan rasa cinta terhadap alam sekitar. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan penglibatan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran berasaskan amali (hands-on), yang mampu meningkatkan minat dan rasa ingin tahu terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pendekatan ini selaras dengan aspirasi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 (PPPM 2013–2025).
Sepanjang program, pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah dijalankan bagi mencapai objektif pendidikan dan kesedaran yang dihasratkan. Sambutan yang diterima daripada pihak sekolah amat menggalakkan, dan keterlibatan aktif murid-murid membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan berasaskan pengalaman (experiential learning) dalam membentuk sikap proaktif terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Asia Pacific Network for Global Change Research, pelajar prasiswazah FST, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST), serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM atas sokongan kewangan dan teknikal yang diberikan. Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan lagi pada masa hadapan demi melahirkan generasi muda yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/1K4m1DMctW/




Bangi, 26 April 2025 – 26 April 2025, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM melalui Portfolio Keusahawanan telah menganjurkan Program SciFusion: Festival Inovasi & STEM Kebangsaan di Kolej Pendeta Za’ba, UKM. Program ini disertai oleh 44 buah sekolah diseluruh negara dan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah berkongsi idea inovatif serta menggalakkan kemahiran sosial, kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan mahasiswa UKM.
Program ini membawa pendekatan dua hala: pelajar sekolah diberi ruang untuk meneroka bidang STEM melalui pameran dan pembentangan fizikal yang merangsang kreativiti, pemikiran kritis dan minat terhadap inovasi; manakala mahasiswa pula berperanan aktif dalam aspek pengurusan, kepimpinan serta aktiviti keusahawanan yang menjadi tulang belakang kepada kelancaran penganjuran program ini.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran sosial, semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pelajar, sejajar dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan holistik yang berdaya saing.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/1BhpTLzytR/




Jakarta, 15-17 April 2025 – Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi melakar pencapaian cemerlang di persada antarabangsa menerusi penyertaan Prof. Dato’ ChM. Dr. Mohammad bin Kassim selaku pembicara jemputan di Global Hydrogen Ecosystem Summit (GHES) 2025, yang telah berlangsung dari 15 hingga 17 April 2025 di Jakarta, Indonesia.
Dalam persidangan berprestij ini, Prof. Dato’ Dr. Mohammad telah menyampaikan kertas jemputan bertajuk:“Solar Hydrogen: Advancing PEC Water Splitting for a Sustainable Energy Future”, yang menekankan inovasi dalam teknologi pemisahan air secara fotoelektrokimia (PEC) untuk penghasilan hidrogen mampan — salah satu bidang strategik dalam agenda global tenaga boleh diperbaharui.
GHES 2025 menghimpunkan tokoh industri, penyelidik dan pembuat dasar dari seluruh dunia, termasuk wakil daripada syarikat multinasional seperti Toyota (Jepun), Hyundai (Korea Selatan), Pertamina NRE, 2G Energy AG (Jerman), Teledyne Energy Systems (Amerika Syarikat), Bureau Veritas (Perancis), dan lain-lain. Penyertaan ini menampilkan UKM sebagai antara institusi akademik dari Malaysia yang aktif dan berperanan dalam menerajui penyelidikan tenaga lestari di peringkat antarabangsa.
Kehadiran Prof. Dato’ Dr. Mohammad dalam forum ini bukan sahaja mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran beliau dalam bidang hidrogen solar dan tenaga mampan, tetapi juga mengangkat nama UKM dan FST dalam rangkaian penyelidikan global berkaitan ekonomi hidrogen.
FST dan UKM amat berbangga dengan sumbangan ini, yang secara langsung menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 7 – Tenaga Mampan dan Berpatutan) serta mengukuhkan kedudukan universiti sebagai peneraju dalam inovasi sains dan teknologi masa depan.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/15nQt6FCLp/




Batu Laut, 20 Februari 2025 – Program Semai Cinta Alam @ SKBL telah berjaya dianjurkan dengan penuh semangat di Sekolah Kebangsaan Batu Laut (SKBL) hari ini. Program ini merupakan insiatif Taman Botani Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia (TBB, UKM) dengan kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Batu Laut dan Kumpulan Pegawai Penyelidik Fakulti Sains & Teknologi (FST), UKM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar sekolah rendah terhadap kepentingan menjaga alam sekitar serta menarik minat pelajar terhadap bidang sains dan biodiversiti.
Acara ini disertai oleh pelajar berusia 10 hingga 12 tahun iaitu seramai 202 orang telah menunjukkan keaktifan dan keterujaan sepanjang program berlangsung. Program dimulakan dengan sesi perkongsian bertajuk “Semai Cinta Alam dan Jom Jadi Saintis”, diikuti oleh sesi “Santai Alam” dan juga aktiviti selingan iaitu EcoQuiz yang mana para pelajar diberikan soalan-soalan yang berkaitan dengan sains.
Menariknya, sorakan rasmi “SKBL Hebat, Alam Selamat!” yang dilaungkan oleh pelajar sepanjang program menambah semangat dan keterlibatan mereka dalam setiap aktiviti. Kejayaan program ini menunjukkan bahawa pendekatan interaktif dan pengalaman langsung mampu memberikan impak besar dalam membentuk sikap dan pemikiran lestari dalam kalangan pelajar sekolah. Dengan sambutan yang menggalakkan, diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan generasi muda terus diberi pendedahan dan motivasi untuk menjadi pemelihara alam sekitar yang bertanggungjawab.
SKBL Hebat, Alam Selamat!
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/15FFYDVZrb/








UKM Bangi, 16 November 2024 – Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini menganjurkan Program Sambutan Jubli Perak FST 3 dalam 1 dengan penuh meriah sempena ulang tahun ke-25 penubuhannya. Acara larian telah berjaya menarik lebih 600 peserta daripada pelajar, alumni, dan masyarakat setempat, menampilkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menghiburkan.






Bangi, 23-24 September 2024 – Fakulti Sains dan Teknologi telah melaksanakan sebahagian dari komponen Sijil Profesional – Siasatan Tempat Kejadian Bahan Psikoaktif Baharu (NPS) dengan kehadiran lebih 123 peserta dari pelbagai peringkat dan jabatan Polis DiRaja Malaysia, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah dan beberapa unit lain yang berkenaan. Kursus Sijil Profesional ini dilaksanakan secara bersama oleh ahli akademik tenaga pengajar dari Program Sains Forensik, Fakulti Sains Kesihatan, dan juga Jabatan Sains Kimia (FST).
Penganjuran Sijil Profesional yang julung kali diadakan ini adalah sebahagian dari usaha pelaksanaan kerjasama yang telah termaktub dalam Memorandum Persefahaman anatara UKM dan PDRM bagi menangani ancaman bahan psikoaktif baharu yang semakin berleluasa (NPS). Setelah selesai sesi awal, peserta perlu melengkapkan keperluan lain bagi membolehkan mereka menerima Sijil Profesional tersebut.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/1A8xmAd5hb/



UKM Bangi, 23-25 September 2024 – YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Kewatanan) telah merasmikan Malaysia International Geothermal Conference 2024 (MIGC 2024) bertempat di Akademia Siber Teknopolis, UKM.




Putra Word Trade Centre, KL , 9-13 September 2024 – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Dr. Ching Thoo A/L Kim merasmikan 16th International Commission on Atmospheric Chemistry and Global Pollution (iCACGP) Symposium dan 18th International Global dan Atmospheric Chemistry (IGAC) Science Conference (iCACGP-IGAC Conference 2024) di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Taman Negara Pahang, 10-12 November 2023 – Pertubuhan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi bersama-sama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan sebuah program “CSR Kem Rimba Bateq PMFST” dengan jayanya di Kem Rimba Bateq PMFST, Pos Changkung, Kg. Keniam, Taman Negara Pahang, yang berlangsung daripada 10 hingga 12 November 2023. Program ini adalah satu usaha bersama untuk memberi sumbangan positif kepada masyarakat Bateq di kawasan tersebut.
Dalam pelaksanaan program CSR ini, pelbagai aktiviti yang berbentuk holistik dan bersepadu telah dirancang dan dijalankan oleh FST dan YFBM. Antara inisiatif yang utama adalah penyediaan bantuan bekalan makanan kepada komuniti Bateq, yang membantu meringankan beban hidup mereka. Selain itu, terdapat juga sesi pengajaran yang melibatkan mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Matematik, dengan tujuan meningkatkan taraf pendidikan dalam kalangan penduduk setempat.
Program ini juga memberikan tumpuan kepada aspek kesihatan dan kebersihan melalui kelas penjagaan kebersihan dan pembuatan pelembap bibir. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Bateq mengenai amalan kesihatan yang baik. Selain itu, kelas mikrobiologi turut diadakan untuk memberikan pemahaman mendalam mengenai aspek mikroorganisma yang mempengaruhi kehidupan sehari-hari.
Inisiatif ini sejajar dengan matlamat pembangunan kelestarian, khususnya SDG1 (Menghapuskan Kemiskinan) dan SDG4 (Pendidikan Berkualiti), serta menunjukkan tekad FST untuk mencapai pembangunan mampan dalam kalangan masyarakat yang memerlukan bantuan.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/12JKg1BFRQM/




UKM Bangi, 11 Oktober 2023 – Muzium Sejarah Alam, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM telah berjaya menganjurkan Seminar Muzium Sejarah Alam FST 2023, dengan tema “Peranan Muzium dalam melestarikan warisan alam semulajadi negara” bertempat di Dewan Persidangan, FST. Program ini diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Farah Shafawati Mohd Taib, yang merupakan ketua Muzium Sejarah Alam FST, bersama dengan ahli-ahli MSA yang terdiri dari 6 unit repositori, merangkumi Muzium Zoologi, Muzium Geologi, Herbarium, Repositori Serangga, Unit Bank Benih dan Unit Koleksi Kultur.
Program ini bertujuan untuk mengumpul agensi-agensi berkepentingan dan institut-institut yang mempunyai koleksi repositori sejarah alam untuk menyemarak perkongsian maklumat berkaitan koleksi sejarah alam. Pengucaptama bagi seminar ini merupakan Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Pn. Norsham Abdul Latip, . Agensi yang terlibat terlibat sebagai plenari pula terdiri dari Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Seminar ini diharap dapat menjalin kerjasama dalam pengurusan dan penyelidikan berkaitan koleksi sejarah alam di peringkat kebangsaan. Program ini merupakan yang julung kali diadakan oleh MSA FST, di samping dapat mengetengahkan MSA di peringkat kebangsaan. Melalui usaha ini, program ini menyokong matlamat pembangunan kelestarian SDG17 (Partnership for the goals).
Selain itu, tunjang kepada pemeliharaan koleksi sejarah alam alam ini adalah pemuliharaan sumber alam, khususnya biodiversiti dan geodiversiti yang menyokong kepada matlamat pembangunan kelestarian SDG15 (Life on Land).
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/18izBDSomP/



Majlis telah dirasmikan oleh Ybhg. Encik Nizam Sani, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat dan di saksikan oleh Ybrs Profesor Dr Mohd Firdaus Mohd Raih, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Sains dan Teknologi, Ybrs.Prof. Madya Dr. Noraini Talip, Ketua Taman Botani Bangi, Merangkap Ketua Program Kebun Nuri Nutrisi, Ybrs. Puan Airul Asmiza Khaeruddin, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia serta pengurusan tertinggi Bank Rakyat dan Fakulti Sains dan Teknologi UKM.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/v/18UFwxiPRL/


Politeknik Kota Bahru, 14 September 2023 –Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Dato’ Rudy Rodzila Che Lamin telah merasmikan Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.
Turut hadir , Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Pengarah Yayasan Canselor UKM, Gs. Sr Haji Mohd Fikri Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu, Haji Kamaruddan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan pelajar-pelajar Politeknik Kota Bharu.



Liputan media
Royal Belum 18-20 Ogos 2023 – Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah berjaya menganjurkan “Program Komuniti Kembara Merdeka 66” bertempat di Royal Belum, Gerik, Perak. Program ini diketuai oleh YBhg. Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad (Fakulti Sains & Teknologi, UKM) dan oleh Encik Johan bin Halid dari (Yayasan Foodbank Malaysia).
Program ini bertujuan untuk menyantuni dan memberi bantuan makanan kering kepada masyarakat orang asli. Antara aktiviti yang telah disusun oleh FST & YFBM adalah menghulurkan bantuan bekalan makanan seberat 5.7 tan dan juga alat tulis kepada 250 keluarga orang asli dari suku kaum Jahai yang tinggal di perkampungan Sungai Tiang, Sungai Klewang, Sungai Kejar dan juga Sungai Tan Hain. Untuk menghayati bulan kemerdekaan, sesi penyerahan turut diimarahkan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik bagi membangkitkan semangat patriotik.
Di samping itu, Pusat Pemodelan dan Analisis (DELTA) telah sepakat bersama YFBM untuk menjalinkan hubungan kerjasama dalam menganalisis data komuniti yayasan food bank bagi tujuan menyokong matlamat pembangunan kelestarian SDG1 (No Poverty) & SDG2 (Zero Hunger).
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/1KzQB3EFYa/


Perak 9-11 Julai 2023 – Alhamdulillah, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi telah berjaya melaksanakan program “CSR Kampung Orang Asli bersama Yayasan Food Bank Malaysia” di Pos Yum, Sungai Siput, Perak pada 9-11 Julai 2023.
Program ini tercetus hasil kolaborasi PMFST bersama Sekretariat Makmal dan Instrumentasi FST UKM dengan usahasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Yayasan Food Bank Malaysia dan juga Dana Kita.
Warga FST yang terlibat berpeluang untuk mengenali dan menyantuni masyarakat orang asli suku Temiar di sana. Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang program termasuklah advokasi penyakit berjangkit serta advokasi kemiskinan haid yang mendapat perhatian dan sambutan menggalakkan daripada masyarakat orang asli di kampung tersebut.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutama sokongan padu daripada pihak pengurusan FST.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/155DJVRrEW/



Selangor 30 Januari 2023 – Dengan hasrat untuk menggalakkan pembangunan bahan pembungkusan mesra alam, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) melancarkan KPS #Ekovative Challenge pada tahun lalu. Baru-baru ini pula, KPS #Ekovative Challenge 2022 Grand Finale diadakan di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor. Ia menampilkan prototaip daripada Lima Pasukan Finalis Terbaik.
KPS #Ekovative Challenge 2022 adalah satu pertandingan di antara universiti yang memfokuskan kepada pembangunan bahan alternatif mesra alam sebagai penyelesaian untuk pembungkusan kertas dan plastik yang mampan. Sehubungan itu, fokus KPS #Ekovative Challenge 2022 adalah Mesra Alam dan Inovatif.
Merujuk kepada laman web Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Climate Promise, Malaysia meningkatkan sasaran mitigasi langsung untuk mengurangkan pelepasan karbon berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus pada 2030 seperti yang digariskan dalam Perjanjian Iklim Paris 2015.
Bagaimanapun, dengan trend pengeluaran dan penggunaan kertas serta plastik di Malaysia yang semakin meningkat, sumber yang terhad serta peningkatan pesat sisa terjadual yang direkodkan boleh menimbulkan ancaman yang serius kepada matlamat negara dan global untuk mengurangkan pelepasan karbon menjelang 2030.
Maka pendekatan sisa sifar adalah penyelesaian kepada masalah alam sekitar, ekonomi dan sosial hari ini termasuk perubahan iklim, keselamatan makanan dan kekurangan sumber.
Selaras dengan ini, objektif KPS #Ekovative Challenge 2022 adalah untuk mencari jalan alternatif bagi penyelesaian permasalahan pembungkusan plastik dan kertas yang akan menyumbang ke arah matlamat pencemaran sifar sisa.
Pertandingan ini dibuka kepada semua universiti awam dan swasta di Malaysia. Pasukan yang mengambil bahagian dikehendaki menghasilkan penyelesaian inovasi atau prototaip mesra alam menggunakan bahan alternatif untuk membuat pembungkusan berasaskan kertas dan plastik. Sebanyak 25 pasukan menyertai pertandingan ini dan 20 pasukan disenarai pendek untuk fasa pelaksanaan penyelesaian atau prototaip.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan projek ‘Innovative Biopolymer’ dinobatkan sebagai johan bagi pertandingan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi, pingat dan sijil.
Sumber : Harian Metro
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/1BjKiqgjGa/




Liputan media
Hadir sama, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) dan Cik Belvinder Kaur Sron, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Promosi serta Komunikasi Korporat MPOC.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/v/159mGLs8D3/



Liputan media
Selain itu, pameran turut diadakan melibatkan Pusat Sistematik Serangga (CIS) FST, FOLR, Fun with Microbes dan AiRBORNE Sense yang menggunakan drone untuk mengesan pencemaran air. Usaha mempromosi produk kajian pensyarah FST menerusi saluran media massa telah dilakukan di tapak CSR ini. Webinar dan pertandingan VLOG juga telah dijalankan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Diharap program ini dapat memupuk kesedaran dan kefahaman orang ramai betapa pentingnya menjaga dan memelihara alam sekitar demi kelansungan hidup generasi akan datang.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/p/1DFjZkZfyE/




Liputan media
Program komuniti “Ocean Clean-Up” anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Fakulti Sains Dan Teknologi (FST), UKM dengan kerjasama Jabatan Perikanan Selangor telah diadakan pada 29-31 Mei 2022 (di Pulau Redang, Terengganu), 22-24 Julai 2022 (di Pulau tenggol, Terengganu) dan 1-3 Ogos 2022 (di Pulau Tioman, Pahang).
Penyertaan terhad kepada peserta seramai 30 orang. Peserta terdiri dari 10 orang penyelam UKM, 10 penyelam Kerajaan Negeri Selangor, 4 peserta media, 2 dari Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) dan 4 penyelam pengiring dari Jabatan Perikanan Malaysia.
Program kemasyarakat ini telah ketuai oleh YBrs En. Mohd Shahrim Senik (Pegawai Sains Kanan, FST) dan dihadiri oleh Y.B. Tuan Haji Izham Hashim (Exco Infrastruktur dan Pertanian, Kerajaan Negeri Selangor) sebagai wakil kerajaan Negeri Selangor dan YBhg Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad (Dekan FST) dan YBhg. Prof. Dr. Zaidi Che Cob (Ketua Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR).
Objektif program ini adalah untuk menjalankan aktiviti pembersihan terumbu karang dari Crown of Thorns (COTs) dan sampah sarap marin terutama ghosts net. Selain itu, program ini juga menjalankan kajian keberkesanan penggunaan bahan kimia membunuh tapak sulaiman mahkota berduri melalui aktiviti penyelidikan dari EKOMAR dan seterusnya menerbitkan penulisan saintifik.
Penganjuran program ini sedikit sebanyak telah membantu dalam memelihara dan memulihara ekosistem terumbu karang dari COT yang mampu merosakkan karang. EKOMAR dan FST amat berharap agar program seperti diteruskan bagi memelihara dan memulihara terumbu karang.
Facebook posting: https://www.facebook.com/share/v/1DmPs92CwX/



Liputan media
Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti CSR kami, hubungi Pn. Hafizah
E-mel: madampzah83@ukm.edu.my
Tel : 019-289 6858