Faculty of Science and Technology

Alumni

Alumni Fakulti Sains dan Teknologi merupakan sebuah legasi Universiti yang menjadi kebanggaan semua warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelbagai kejayaan yang telah dilakar dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh para alumni di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Semoga barisan tokoh-tokoh alumni yang menghiasi dewan kemasyhuran ini dapat menjadi idola kepada para graduan dari FST untuk terus cemerlang dan bersinar.

Aktiviti

Kejohanan Bowling Alumni UKM - Jabatan Penjara Malaysia & Alumni Dalaman UKM.

Tahniah dan terima kasih kepada Alumni dalaman FST yang turut sama memberikan sokongan dan memeriahkan Kejohanan Bowling ini. Dreambowl, Kompleks Sukan Nilai. 5 Ogos 2023

Majlis Makan Malam Alumni Geologi UKM dan Program Geologi FST

Tahniah kepada Alumni dari Program Geologi UKM dan Program Geologi, FST, UKM atas penganjuran Majlis Makan Malam Alumni Geologi yang telah berlangsung pada 29 Julai 2023

Perbincangan bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

8 Jun 2023

Lawatan ke tapak cerun oleh pihak Geostrength Engineering Sdn Bhd

Terima kasih Dato’ Amran dan Encik Khairul dari Geostrength Engineering Sdn Bhd kerana sudi memberi kuliah ringkas dan lawatan ke tapak cerun yang sedang menjalani kerja-kerja pengukuhan di Bangi pada 8/6/2023 yang lepas.

Sumbangan Basikal Elektrik oleh Kelab Alumni Geologi UKM

Sumbangan Basikal Elektrik oleh Kelab Alumni Geologi UKM Kepada Pasangan Asnaf yang bekerja di UKM.
16 Mac 2023

Majlis Hi-Tea Alumni Program Peningkatan Kualiti dan Produktiviti, FST UKM

Program Hi-Tea Alumni di peringkat Program Peningkatan Kualiti dan Produktiviti. Semoga para alumni PPKP terus berjaya melakar kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing. 11 Mac 2023 Akademia Siber Teknopolis, UKM

Bengkel Simulasi Risiko bersama Alumni Dalam UKM: Prof. Dr. Zaidi bin Isa

Bengkel Simulasi Risiko oleh Prof Dr Zaidi bin Isa (Alumni 1992)

EntrepreNow Fiesta: Slot Forum Keusahawanan

Alumni Program Sains Aktuari, Jabatan Sains Matematik tahun 2006, En Mohd Syafie Borhan telah berkongsi ilmu dan pengalaman keusahawanan dengan pelajar FST dalam slot Forum Usahawan: Disruptive Idea for Sustainable Future sempena EntrepreNow Fiesta, Fakulti Sains dan Teknologi UKM anjuran Exco Keusahawanan PMFST.

Bengkel Power BI bersama Alumni FST

Satu Bengkel Power Business Intelligence anjuran pihak Alumni Fakulti Sains dan Teknologi & Pusat Pemodelan dan Analisis Data (DELTA)
16hb Februari 2023