Faculty of Science and Technology

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN FASILITI

SYARAT TEMPAHAN PENGGUNAAN RUANG FST

    • Aktiviti yang dilaksanakan tidak bertentangan dengan undang-undang negara, perlembagaan dan peraturan universiti, tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti perkauman dan tidak akan mencemarkan imej dan nama baik universiti.
    • Pembatalan atau pindaan tarikh atau tempat hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum bilik/ruang digunakan dan Fakulti tidak bertanggungjawab jika terdapat sebarang masalah berikutan pembatalan/pindaan tarikh/tempat tersebut.
    • Fakulti boleh membatalkan kelulusan yang telah diberikan atas kepentingan fakulti dan universiti.
    • Pengguna dipertanggungjawabkan dari segi kebersihan, kesempurnaan dan keselamatan peralatan yang digunakan. Sekiranya didapati kehilangan, atau kerosakan dalam tempoh penggunaan, maka pengguna perlu menanggung kos kehilangan, baikpulih atau penyelenggaraan.
    • Pengguna tidak dibenarkan mengubah atau memindah peralatan yang terdapat dalam ruang berkenaan melainkan mendapat kelulusan daripada Fakulti
    • Pengguna tidak dibenarkan menampal sebarang notis atau sepanduk dengan menggunakan apa jua bentuk bahan pelekat secara terus pada permukaan dinding.
    • Pengguna dilarang menganjurkan sebarang aktiviti selain daripada yang diluluskan.
    • Pengguna hendaklah memastikan tiada makanan atau minuman dan barang-barang terlarang dibawa ke dalam dewan/ruang yang digunakan.
    • Pengguna hendaklah memastikan keadaan ruang dalam keadaan sempurna sebelum meninggalkan ruang berkenaan.
    • Pengguna hendaklah mengosongkan dan membawa keluar barang-barang dan peralatan kepunyaan sendiri daripada ruang yang digunakan sebaik sahaja tempoh penggunaan tamat.