18 Mei 2018: Kini berlangsung forum bertajuk ‘Pasca Keputusan Pilihanraya Umum ke-14: Perspektif Undang-Undang & Perlembagaan’ anjuran bersama Fakulti Undang-undang & Centre for Education & Legal Profession (CELPRO), FUU, UKM yang bertempat di Auditorium FUU. Dua orang ahli panel iaitu Prof. Datin Dr. Faridah Jalil (Pakar Undang-Undang Perlembagaan UKM) dan En Idzuafi Hadi Kamilan (Pegawai Penyelidik Parlimen Malaysia) dengan Prof Madya Dr Hanif Ahmat sebagai moderator forum. Forum ini membentangkan aspek perkembangan pasca PRU 14, pembentukan kabinet dan kerajaan dalam konteks perundangan dan perlembagaan.