24 Disember 2020:
Tahniah & Syabas kepada Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan ismail kerana telah memenangi 2 Pingat Emas di bawah kategori “Invention and Product Pitching” serta memenangi Special Jury Award untuk keseluruhan bagi kategori Invention di dalam penyertaan “The International Virtual Educational Invention, Innovation, and Design Competition 2020 (iVEDIIC2020)” anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Bank Islam Malaysia Berhad yang berlangsung pada 15 -25 November 2020.
iVEDIIC2020 merupakan satu acara yang mempertandingkan 4 kategori iaitu Invention, Innovation, design dan product pitching dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Mara (UiTM yang telah menjemput para profesional dari pelbagai lapisan masyarakat, untuk meraikan budaya penemuan dan inovasi di kalangan ahli akademik dan komuniti sekolah.
#fuuukm #fuufamily #ukm50 #SayangUKM #ukmhebat #PingatEmas #AnugerahKhasJuri
#iVEDIIC2020