Faculty of Law

 Legal Mind with a Moral Heart

BANGI SALAD 2019

Bangi Seminar on Asian Law and Dispute Management 2019

(Bangi SALAD 2019)

Latar Belakang

Bangi Seminar on Asean Law and Dispute Management 2019 (Bangi SALAD 2019) merupakan program kerjasama strategik antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kobe Univeristy, Jepun. Kerjasama erat antara UKM dan Kobe University bermula sejak tahun 2015 melalui dua aktiviti utama, iaitu program Kobe SALAD dan program UKM-Kobe Seminar. Untuk Program Kobe SALAD yang dianjurkan oleh Graduate School of Law, Kobe University,  seorang pensyarah FUU UKM dan dua orang pelajar FUU UKM dijemput sebagai penceramah dan peserta. Mereka ditaja sepenuhnya oleh Kobe University untuk menghadiri program ini selama seminggu pada hujung bulan Ogos setiap tahun.

Program kedua ialah UKM-Kobe Seminar yang diadakan di UKM Bangi. Untuk program ini, beberapa orang pensyarah dan pelajar dari Kobe University berkunjung ke UKM pada awal bulan September/November setiap tahun dan ditaja oleh pihak FUU, UKM. Pada tahun 2017, program ini dijenamakan sebagai Bangi SALAD (Summer School of Asian Law and Dispute Management) bagi menggambarkan kerjasama erat antara UKM dan Kobe University.

Fokus Bangi SALAD pada tahun ini ialah  “Current Trends in Econo-Legal and Technological Revolution Issues” yang membincangkan isu-isu berkaitan Economic-Legal Issues, Technological Revolution dan International Business Management

Objektif seminar

  1. a)Untuk menyediakan platfom kepada penyelidik dari 3 negara ASEAN (Malaysia, Thailand dan Indonesia) dan Jepun untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan isu-isu Econo-Legal dan Revolusi Teknologi (4IR).
  2. b)Untuk memberi ruang kepada pelajar siswazah dari UKM, Kobe University dan Universiti Indonesia dan Thailand untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka.
  3. c)Untuk membina dan mengukuhkan jaringan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di kalangan penyelidik dan pelajar siswazah dalam bidang yang berkaitan.

Tema

               “Current Trends in Econo-Legal and Technological Revolution Issues”.

     Tema kecil

               Economic-Legal Issues,

               Technological Revolution

              International Business Management