Covid 19@FUU

TATACARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH WARGA UKM YANG POSITIF COVID-19

1. Memberikan maklumat yang berkaitan bagi pelaporan data Bilik Gerakan Covid-19 UKM melalui
link berikut https://forms.gle/WaYkqhSMtUoL2Hk19
2. Mengemaskini maklumat dalam aplikasi MySejahtera (Wajib) bagi rujukan Kementerian
Kesihatan Malaysia.
3. Melaporkan kepada ketua PTj masing-masing tempoh kuarantin yang dipaparkan pada status
Mysejahtera (Salinan screenshot perlu dimajukan kepada Ketua PTJ masing masing bagi
pengurusan sumber manusia).
4. Menyenaraikan kontak rapat dan memaklumkan kepada kontak rapat tersebut mengenai risiko
jangkitan serta tindakan yang perlu dilakukan oleh kontak rapat.

TATACARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH KONTAK RAPAT

1. Kontak rapat perlu melakukan ujian Covid-19 iaitu samada Ujian Kendiri Saliva atau calitan
hidung bagi RTK Antigen atau PCR.
2. Memberikan maklumat yang berkaitan bagi pelaporan data Bilik Gerakan Covid-19 UKM melalui
link berikut https://forms.gle/WaYkqhSMtUoL2Hk19
3. Mengemaskini maklumat dalam aplikasi MySejahtera (Wajib) bagi rujukan Kementerian
Kesihatan Malaysia.
4. Melaporkan kepada ketua PTj masing-masing tempoh kuarantin yang dipaparkan pada status
Mysejahtera (Salinan screenshot perlu dimajukan kepada Ketua PTJ masing masing bagi
pengurusan sumber manusia).

Diharapkan semua dapat memberikan kerjasama dengan memastikan tatacara ini dipatuhi
oleh semua warga Fakulti Undang-Undang bagi melancarkan pengurusan kes positif dan kontak rapat bagi warga UKM.
Sekian harap maklum. Terima kasih.

Prosedur Pengurusan Kes Positif dan Kontak Rapat Kes COVID-19 Mengikut Status Vaksinasi COVID-19

Tarikh kemaskini: 23 Mac 2022