Mesyuarat Kolaborasi Strategik antara Fakulti Undang-Undang, UKM dan Fakulti Undang-Undang & Governan, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

22 September 2020: Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor KUIM (Pengurusan Korporat, Penyelidikan & Inovasi) YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Afizan Azman. Mesyuarat membincangkan berkaitan program dan aktiviti yang boleh dibuat secara bersama dan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak samaada dalam bidang pembelajaran, penyelidikan dan inovasi.