03 Ogos 2021:
Sukacita dimaklumkan, Pejabat Timbalan Dekan Jaringan dan Alumni, Fakulti Undang-Undang UKM telah menubuhkan tabung-tabung sumbangan endowmen. Tujuan tabung-tabung ini diwujudkan adalah bagi menampung keperluan fakulti dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan masa kini sekaligus melahirkan pensyarah yang berwibawa dan pelajar yang cemerlang.
Sebagai sebuah institusi pendidikan yang berkembang, setiap fakulti pastinya sentiasa berusaha untuk memberi dan menawarkan khidmat yang terbaik kepada pelajarnya.
Hal ini bahkan memberi kesan secara langsung terhadap imej dan keterserlahan fakulti di mata dunia.
Sehubungan dengan itu, pejabat TDJA telah menubuhkan TIGA (3) buah tabung sumbangan yang mana hasil sumbangan menerusi tabung-tabung ini dianggarkan mampu menampung keperluan fakulti dalam aspek-aspek tertentu. Tiga (3) tabung yang dimaksudkan adalah Tabung Prasarana, Tabung Biasiswa dan Kebajikan, serta Tabung Pengajaran dan Pembelajaran. Jumlah sasaran kutipan sumbangan bagi ketiga-tiga tabung ini adalah sebanyak RM 5.12 Juta. Sokongan kewangan yang diberikan amat bermakna kepada fakulti dalam memenuhi harapan semua warga FUU, UKM. Sumbangan boleh dibuat melalui pautan di bawah;
1. Tabung Prasarana Fakulti Undang Undang (AKU306) – https://give2ukm.ukm.my/v2/main/singletabung/27
2. Tabung Biasiswa dan Kebajikan Pelajar Fakulti Undang Undang (AKU310) – https://give2ukm.ukm.my/v2/main/singletabung/29
3. Tabung Pengajaran dan Pembelajaran Fakulti Undang Undang (AKU305) – https://give2ukm.ukm.my/v2/main/singletabung/28
Atas dahan tampak cahaya,
Dari jauh kembang melati,
Budi anda besar maknanya,
Terpahat kukuh di dalam hati.
Sumbangan daripada YBhg. Prof. Ulung/Emeritus/Tan Sri, Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih.