01 Disember 2020: Syabas di ucapkan kepada Prof. Madya Dr. Shahrul Mizan Ismail kerana berjaya menulis sebuah buku bertajuk Kemahiran Konsultasi Guaman Dan Simulasi Perbicaraan.
Buku ini menggabungkan prinsip kemahiran advokasi dan litigasi yang sesuai untuk keperluan pelajar dalam bidang Undang-Undang di peringkat institusi pengajian tinggi, di samping memberi pendedahan tentang asas konsultasi guaman seperti konsep, elemen kemahiran, jenis-jenis kes yang memerlukan konsultasi guaman, kategori klien, dan proses-proses yang dilalui sebelum, semasa dan selepas konsultasi guaman.