26 Februari 2020: Tahniah di ucapkan kepada Dr Hanim Kamaruddin atas pelantikan sebagai Timbalan Dekan Akademik Fakulti Undang-undang bagi tempoh 1 Mac 2020 hingga 28 Februari 2023. Warga fakulti juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PM Dr Safinaz Mohd Hussein atas khidmat bakti beliau selama menjalankan tugas Timbalan Dekan Akademik FUU sebelum ini. Diharapkan seluruh warga Fakulti dapat memberikan sokongan kepada beliau untuk terus memacu fakulti menjadi lebih cemerlang. Tahniah!