10 Disember 2020:
Tahniah & Syabas kepada Alex Choo Wen Chun alumni Fakulti Undang-Undang,UKM. Beliau merupakan penerima “Anugerah Pingat Tunku Emas 2017” pada Majlis Penyampaian Anugerah Pingat Tunku 2017 & 2019 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Yayasan Tunku Abdul Rahman.
Anugerah ini telah di sampaikan secara dalam talian melalui YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada 9 Disember 2020. Majlis ini turut dihadiri YBhg. Prof. Dr. Nazura Abdul Manap, Dekan FUU, UKM dan juga Pengurusan Tertinggi UKM.
Anugerah Pingat Tunku meraikan graduan holistik dari universiti awam tempatan di Malaysia. Anugerah ini mengiktiraf graduan luar biasa yang menunjukkan kecemerlangan dari segi akademik, daya kepimpinan dan sikap serta keperibadian mulia. Semoga dengan penganugerahan ini akan meningkatkan lagi motivasi Alex Choo Wen Chun agar terus menyumbang dan berkhidmat pada pembangunan masyarakat Malaysia.