15 Januari 2020:
Tahniah & Syabas kepada Prof. Dato’ Noor Aziah Binti Hj Mohd Awal di atas pelantikan sebagai Wakil Tetap (Ex-Officio) jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Dan Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial.
Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial adalah sebuah jawatankuasa yang dianggotai sejumlah 7 orang ahli parlimen daripada parti kerajaan dan pembangkang. Jawatankuasa ini berfungsi untuk meneliti Rang Undang-Undang, menyiasat dan melaporkan apa-apa pekara yang boleh dirujuk kepadanya oleh Dewan atau Menteri, termasuklah apa-apa cadangan , usul, petisyen, laporan atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan hal ehwal wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan orang asli dan pembangunan social.
Jawatankuasa ini telah bermesyuarat pada Rabu, 13 Januari 2021 dan bersetuju supaya Prof. Dato’ Noor Aziah turut terlibat dengan jawatankuasa ini. Ex-Officio berfungsi untuk menasihati dan memberikan pandangan kepada Jawatankuasa ini mengikut bidang tugas dan kepakaran masing-masing. Ia juga bagi memastikan jawatankuasa ini dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab mengikut pekeliling dan peraturan kerajaan serta undang-undang negara.
#fuuukm #fuufamily #alumnifuuukm #alumniukmhebat #ukm50 #SayangUKM #ukmhebat
#pelantikanWakilTetap #Ex-Officio #ParlimenMalaysia