02 Ogos 2021:
Sukacita dimaklumkan, Pejabat Timbalan Dekan Jaringan dan Alumni, Fakulti Undang-Undang, UKM akan mengadakan satu webinar khas Indonesia “Magister Hukum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)” pada 3 Ogos 2021 (Selasa) jam 8.00-9.30 malam secara LIVE menerusi laman facebook rasmi FUU, UKM.
Sebagai sebuah institusi pendidikan yang turut tersenarai dalam carta antarabangsa, FUU UKM sentiasa mengalu-alukan kehadiran calon pelajar undang-undang dari serata pelosok dunia untuk bersama-sama menimba ilmu di UKM. Sudah pastinya, FUU turut berbesar hati dalam bekerjasama dan mengekalkan hubungan yang baik dengan negara jiran iaitu Indonesia dalam melahirkan graduan yang bermutu tinggi.
Sehubungan dengan itu, pihak FUU berbesar hati menjemput Ybhg. Prof. Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan/Bapak-Bapak dan Ibu-Ibu untuk turut sama memeriahkan webinar kita pada malam ini. Kehadiran YBhg. Prof. Dato/ Prof./ Tuan/ Puan/ amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang soalan juga boleh dikemukan secara langsung di Facebook rasmi Fakulti Undang-Undang di pautan berikut: https://bit.ly/fuuukmfb