08 Ogos 2021:
Impian yang besar haruslah diikuti dengan perubahan dan pembaharuan dari segala aspek. Peredaran zaman menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran telah berubah dan memerlukan tambah baik dalam menghasilkan graduan yang lebih berdaya saing. Taburkanlah bakti anda dalam membantu penambahbaikan Fakulti Undang-Undang UKM. Jasa anda akan dikenang sepanjang zaman. Bantuan anda mungkin dapat meringankan beban dan mampu mengubah masa depan pelajar.
Bagaimana sumbangan boleh disalurkan? Mari kita ikuti Webinar khas Endowmen Fakulti Undang-Undang UKM yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tajuk Webinar:-
FUU Hari Ini: “Sehari Selembar Benang, Lama-lama Jadi Sehelai Kain”
Tarikh : 8 Ogos 2021 (Ahad)
Masa : 10.30 – 12.00 tengah hari
Tempat : LIVE menerusi laman Facebook rasmi Fakulti Undang-Undang di pautan berikut: https://bit.ly/fuuukmfb
