Faculty of Law

 Legal Mind with a Moral Heart

YURAN PENDAFTARAN PASCA SISWAZAH

YURAN PENDAFTARAN PASCA SISWAZAH

 

Dalam usaha membawa pulang alumni UKM dan memberi kelebihan kepada mereka, Pusat Perhubungan telah mencadangkan pemberian diskaun yuran pendaftaran kepada alumni UKM yang menyambung pengajian pasca siswazah di alma mater. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MJPU) Bil 14/2021 telah meluluskan pelaksanaan diskaun yuran pendaftaran pengajian ini dan dilaksanakan bermula kemasukan Oktober 2022.

 

Fasa pertama ini memberi 15% potongan yuran pendaftaran kepada semua alumni tempatan yang menyambung pengajian di Fakulti/Institut/Pusat dan melalui Pusat pengurusan Akademik UKM (tidak termasuk UKM-GSB dan UKM-Shape). Semoga usaha ini dapat meningkatkan bilangan siswazah alumni UKM dan pada masa yang sama mengeratkan semula hubungan universti-alumni. DAFTARLAH SEKARANG 👉👉 https://join.ukm.my/

 

“UNIVERSITI WATAN KITA’