FAQS-Kolej GENIUS@Pintar, UKM
1. Apakah syarat-syarat untuk belajar di Kolej GENIUS@Pintar, UKM?
Seseorang murid yang ingin belajar di Kolej GENIUS@Pintar, UKM perlu lulus Ujian UKM1, UKM2, dan UKM3. Carta Alir di bawah menerangkan tatacara kemasukan pelajar ke Kolej GENIUS@Pintar, UKM.
2. Di mana boleh saya dapatkan borang permohonan untuk memasuki Kolej GENIUS@Pintar, UKM?
Tiada borang permohonan. Hanya murid yang telah memenuhi syarat-syarat yang diterangkan pada jawapan soalan (1) di atas layak untuk dipilih belajar di Kolej GENIUS@Pintar, UKM.
3. Anak saya tidak sempat mengambil Ujian UKM1 pada bulan April lepas. Bolehkah dia mengambil ujian itu tahun depan?
Ya, boleh. Ujian ini dilaksanakan mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Sila ke http://ukm1.permatapintar.edu.my untuk maklumat lanjut.
4. Adakah seseorang pelajar perlu mencapai had umur tertentu untuk mengambil ujian UKM1?
Mana-mana murid sekolah yang mempunyai kerakyatan Malaysia, dan berumur antara 8 hingga 15 tahun adalah layak untuk mengambil ujian UKM1. Manakala Ujian PCIS untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.
5. Apakah bentuk kurikulum dan silibus di Kolej GENIUS@Pintar Negara?
-Kolej GENIUS@Pintar, UKM menggunakan kurikulum (compacting curriculum) yang dibina oleh pakar-pakar akademik di UKM dan diluluskan oleh senat universiti pada tahun 2010. Pelajar perlu mengikuti KSSM iaitu kurikulum yang ditawarkan oleh KPM secara sepenuhnya. Kurikulum ini seterusnya diperkayakan dengan silibus yang diikitiraf oleh Amerian College Board yang menawarkan kursus Advance Placement (AP), dan kursus Tahun Satu Universiti seperti Aljabar Linear dan Kalkulus, serta pembelajaran bahasa antarabangsa (Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Arab, Mandarin dan Bahasa Korea).
-Kurikulum Kolej GENIUS@Pintar, UKM dimampatkan supaya lebih banyak ilmu baharu dapat disampaikan. Hal ini seiring dengan keperluan kognitif pelajar pintar dan berbakat yang memerlukan kurikulum mencabar. Pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademik dibenarkan menjalani program pecutan pembelajaran (Accelerated Learning Program) yang melibatkan 3 jenis pecutan; iaitu pecutan berdasarkan topik subjek-subjek tertentu, pecutan berdasarkan subjek, atau pecutan gred.
-Kolej GENIUS@Pintar, UKM meletakkan lima komponen utama yang dinilai sebagai PNGK Bersepadu (Integrated CGPA) bagi melayakkan pelajar mendapat sijil “GENIUS@Pintar Junior Certificate” pada Asas 3 dan sijil “GENIUS@Pintar High School Diploma” pada Tahap 2.
-Pelajar-pelajar Asas 1 sehingga Asas 3 akan mempelajari silibus daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala pelajar-pelajar Tahap 1 dan 2 akan mempelajari silibus yang setara dengan STPM. Justeru, pemilihan pelajar yang akan menyambung pengajian di Kolej GENIUS@Pintar, UKM mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi atas dasar penyesuaian ilmu yang agak berat di Kolej GENIUS@Pintar, UKM.
6. Berapakah yuran pengajian di Kolej GENIUS@Pintar, UKM?
Pada masa kini, yuran pengajian adalah sekitar harga *RM1900- RM2500 untuk seorang pelajar untuk tempoh satu tahun [*bergantung kepada perubahan semasa]
7. Adakah PUSAT GENIUS@Pintar menerima lawatan?
Pusat GENIUS@Pintar sedia menerima lawatan dari pelbagai pihak, termasuk sekolah. Walau bagaimana pun untuk mengelakkan gangguan kepada sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di PUSAT GENIUS@Pintar, pihak kami mohon supaya permohonan lawatan dibuat sekurang-kurangnya TIGA BULAN sebelum tarikh lawatan. Sekiranya terdapat terlalu banyak lawatan pada satu-satu masa, pihak kami mungkin terpaksa menangguhkan lawatan pihak tertentu ke satu tarikh yang lain. Permohonan untuk lawatan perlu diajukan kepada;
Pengarah,
Pusat GENIUS@Pintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor.