Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Humanities

Dr. Azizah binti Mohd Zahidi 
Course Coordinator & Senior Lecturer

Subject: Language & Literary Appreciation,  Critical Analysis of Current Issues, Research Skills, Research Project

To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda
Course Coordinator & Senior Lecturer

Subject: Leadership & Decision Making, National Identity Development, Research Skills, Research Project

Encik Salleh Huddin bin Abdul Rashid
Course Coordinator & Lecturer

Subject: Language & Literary Appreciation,  Critical Analysis of Current Issues,  Research Skills, Research Project

Prof. Madya Dr. Rorlinda binti Yusof
Lecturer

Subject: Leadership & Decision Making, National Identity Development, Research Skills, Research Project

Dr. Norsakinah binti Mohamad
Senior Lecturer

Subject:  Statistic, Critical Analysis of Current Issues, Research Skills, Research Project

Dr. Wan Rezawana binti Wan Daud
Lecturer

Subject: Leadership & Decision Making, Research Skills, Research Project

Dr. You Huay Woon
Senior Lecturer

Subject:  Statistic, Critical Analysis of Current Issues, Research Skills, Research Project

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah:

  1. Kemahiran Penyelidikan (PNAP0164)
  2. Projek Penyelidikan (PNAP0266)
  3. Apresiasi Bahasa dan Kesusasteraan (PNAP0173)
  4. Analisis Kritikal Isu Semasa (PNAP0283)
  5. Pembangunan Jati Diri Kebangsaan (PNAP0193)
  6. Kepimpinan dan Membuat Keputusan (PNAP0293)

The courses offered are:

  1. Research Skills (PNAP0164)
  2. Research Project (PNAP0266)
  3. Language And Literary Appreciation (PNAP0173)
  4. Critical Analysis of Current Issues (PNAP0283)
  5. National Identity Development (PNAP0193)
  6. Kepimpinan dan Membuat Keputusan (PNAP0293)

Sinopsis Kursus
Kemahiran Penyelidikan (PNAP0164) 

 

Tujuan kursus ini adalah untuk memperkenalkan  kepada pelajar tentang langkah-langkah menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Pelajar akan didedahkan  dengan teknik penulisan permasalahan kajian, objektif kajian dan persoalan kajian, hipotesis kajian, penganalisian dan sintesis data. Penulisan cadangan penyelidikan merangkumi penulisan literature, kaedah penyelidikan, reka bentuk penyelidikan, kaedah persampelan, instrumentasi penyelidikan serta formulasi analisis data. Pelajar akan dibimbing dalam menyediakan cadangan penyelidikan dalam bidang-bidang yang diminati. Kursus ini juga menggunakan beberapa teknik pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran berasaskan masalah, syarahan, perbincangan dalam kumpulan, syarahan dari pensyarah jemputan dalam bidang-bidang tertentu serta pembentangan individu.

 
 

Course Synopsis
Research Skills (PNAP0164)

The purpose of this course is to introduce students to systematic steps in doing research in various fields. Students will be taught to write statement of problem, develop research objectives and questions, write research hypotheses, analyze, synthesize, and evaluate literature review, choose research method and develop research design, propose sampling method and research instrument and formulate accurate data analysis. Students will be guided to prepare a research proposal in the field of their interest. This course will use various teaching techniques including problem based learning, lecture, group discussion, virtual discussion, invited guest speakers from various research fields and individual presentation.

Sinopsis Kursus
Apresiasi Bahasa dan Kesusasteraan (PNAP0173)

 

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan bahasa pelajar melalui kajian teks sastera dalam Bahasa Inggeris. Bahan pengajaran kursus ini melibatkan sejumlah koleksi genre sastera seperti cerita pendek, novel, puisi dan drama dari pelbagai pelusuk dunia. Objektif silabus adalah untuk: 1) melatih pelajar supaya boleh menerangkan tentang kaitan antara sastera dan pembangunan sosial, 2) meningkatkan kemahiran bahasa yang penting untuk peperiksaan MUET dan kehidupan sebagai pelajar universiti, dan 3) membantu pelajar meningkatkan kemahiran pemikiran aras tinggi. Di akhir kursus, pelajar akan mempunyai kemahiran analitikal dalam penggunaan bahasa, penghayatan sastera dan dalam menyoroti isu-isu sosial. Kaedah pengajaran termasuk kuliah, gerak kerja kumpulan kecil, tutorial, pembelajaran kendiri dan pembelajaran secara kooperatif, penggunaan sistem pengurusan pembelajaran (iFolio), tugasan projek, forum dan pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah. Pelajar juga diharap boleh membincang dan menulis secara kritis tentang sesuatu teks yang diberi dengan memberi tumpuan kepada konsep-konsep sastera dan isu-isu yang terdapat dalam teks berkenaan. Kuliah dan tutorial akan menekankan kemahiran pemikiran kritis, lisan dan penulisan. Kaedah pengajaran dan kerja kursus, yang menerapkan kemahiran abad ke 21, adalah direkabentuk untuk membantu pelajar menguasai dan menggunakan kemahiran bahasa Inggeris, kemahiran IT dan kemahiran interpersonal yang perlu, bukan sahaja untuk peperiksaan MUET, tetapi juga untuk masa depan mereka.

 
 
 

Course Synopsis
Language And Literary Appreciation (PNAP0173)

This course aims to enhance students’ use of language through literary texts in English. It covers a selection of literary genres (short story, novel, poetry and drama) from various parts of the world. The objectives of the syllabus are 1) to train students to be astute to the connection between literature and societal development, 2) to practice language skills vital for MUET and academic life, and 3) to help students develop higher order cognitive skills. At the end of the course, students will have developed analytical skills in language use, literary appreciation and looking at social issues. Teaching methods include small group lectures, tutorials, independent and cooperative learning, small group discussions, learning management system (iFolio), project-based assignment, forum and problem-based learning. Students are expected to be able to discuss and write critically on the concepts and issues found in texts through their understanding of the principles of literary mechanics. Throughout the lecture and tutorial components, both critical thinking skills, oral and written expressions are to be emphasized. Finally teaching methods and coursework, which incorporate 21st Century skills, are designed to help students acquire and practice English language skills, IT skills and interpersonal skills necessary not only for MUET exam, but also their future.

Sinopsis Kursus
Analisis Kritikal Isu Semasa (PNAP0283)

 

Kursus ini menekankan asas pemikiran kritis dan analisis dalam bidang sains dan sains sosial – terutamanya dalam penyelidikan dan wacana teoritis mengenai isu semasa seperti kesan perubahan iklim terhadap masyarakat. Bahan dalam kursus membincangkan peranan dan sumbangan penyelidikan sains dan sains sosial dalam pelbagai konteks sosial. Pelajar menganalisis secara kritikal untuk membangunkan kemahiran utama dalam memahami makna teoritis, analisis logik dan pemikiran, dan membangunkan argumentasi yang berkesan. Kelas memberi tumpuan kepada tugasan analisis kritikal berdasarkan teks akademik, dasar dan pendapat di mana pelajar perlu untuk memahami, dan menganalisis untuk menghasilkan hujah-hujah yang berkesan dan memberikan respon secara lisan, dalam bentuk tulisan, visual dan lain-lain yang sesuai dengan tugasan. Pelajar berpeluang berkongsi pandangan dengan pakar dalam pelbagai bidang. Tema dalam kursus termasuk nilai, sikap, norma,  adat, fakta, pendapat dan keutamaan, pemikiran deduktif dan induktif, kesahan dan kebenaran, hujah logik, bukti, dan etika. Pada akhir kursus ini, pelajar dapat membuat pendirian mengenai masalah yang berkaitan dengan bidang minat mereka

 
 
 
 

Course Synopsis
Critical Analysis of Current Issues (PNAP0283)

This course examines the bases of critical thinking and analysis in the science and social sciences – primarily in research and theoretical discourse on current issues such as the impact of climatic change on society. Material in the courses discusses the role and contribution of science and social research in a broad range of social contexts. Students undertake critical analysis assignments to develop key skills in understanding theoretical meaning, logical analysis and reasoning, and developing effective argumentation. Classes focus on critical analysis tasks based on academic, policy and opinion texts. The classes require students to understand, and analyze to produce effective arguments and responses in spoken, written or other visual forms appropriate to the tasks.  Students would have the opportunity to share views with experts in various fields. Themes in the course include values; attitudes; norms; convention and customs; fact; opinion and preference; deductive and inductive thinking; validity and truth; logical argument; evidence; and ethics.  At the end of the course, students are able to make a stand on an issue that is related to their field of interest.

Sinopsis Kursus
Pembangunan Jati Diri Kebangsaan (PNAP0193)

 

Kursus ini bertujuan menyediakan pelajar menjadi warga Malaysia yang bertanggungjawab serta dapat mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah insaniah di Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM. Kursus ini juga menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang menekankan kepada komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi. Pelajar akan dibimbing untuk mengikuti pelbagai aktiviti pembinaan karektor positif bagi mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap kebolehan untuk mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah. Kursus ini akan menekankan aspek perkembangan sahsiah insaniah pelajar seperti rasa hormat menghormati, integriti, kepercayaan, esteem kendiri, kejujuran dan kecintaan pada Negara. Kursus ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian konsep dan bahagian praktikal. Bahagian konsep akan memperkenalkan pelajar kepada konsep-konsep jati diri kebangsaan yang penting seperti agama, kenegaraan, perlembagaan, perpaduan, patriotism, integriti dan komunikasi. Bahagian praktikal pula akan tertumpu kepada pelbagai aktiviti termasuk perkhemahan, perbincangan dalam kumpulan, latihan dalam kumpulan, refleksi kendiri dan sebagainya yang dapat meningkatkan ketahanan diri dan jati diri kebangsaan.

 
 
 
 

Course Synopsis
National Identity Development (PNAP0193) 

The course is meant to prepare students who are able to be responsible Malaysian citizens, as well as able to gain academic and humanitarian achievement at Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM. The course also equips students with knowledge that emphasizes on effective communication in various situations. Students will be guided to participate in various positive character building activities to strengthen their inner beliefs in achieving academic success and developing positive character. The course will emphasize the students in humanitarian development aspect such as mutual respect, integrity, self-esteem, honesty and love for the nation. The course is divided into two parts; conceptual and practical. The conceptual part will introduce students to the importance of national identity concepts including religion, nationality, constitution, unity, patriotism, integrity and communication. On the other hand, the practical part will focus on variety of activities including community engagement, group discussion, group activity, self-reflection and others that are able to increase their national identity and resilience.

   

Sinopsis Kursus
Kepimpinan & Membuat Keputusan (PNAP0293)

 

Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan mengenai kepimpinan dan membuat keputusan yang mendasari pembentukan anggota organisasi, masyarakat dan warga negara yang terbilang. Kursus ini mencakupi pelbagai kemahiran kepimpinan dan pembuatan keputusan samada peringkat individu, masyarakat dan negara serta global. Secara umumnya kursus ini dapat memastikan pelajar memperoleh pelbagai kemahiran insaniah. Secara khususnya penekanan akan diberikan kepada kemahiran kepimpinan, pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah dengan pendekatan saintifik, kemahiran pemikiran kritikal dan kerja berpasukan, dan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Mod pembelajaran yang digunakan ialah aktiviti interaktif dan kontrak pembelajaran.

 
 
 
 
 

Course Synopsis
Leadership & Decision Making (PNAP0293)

This course provides students with knowledge about leadership and decision- making that underlies the formation of the member organizations, communities and citizens. This course covers a variety of leadership skills and decision- making, whether at the individual, community, country and globally. Generally, this courses will ensure students acquire a range of soft skills. In Particular emphasis will be on the leadership skills, decision-making and scientific approach to problem solving, critical thinking skills and lifelong learning. Learning mode that will be used is interactive activity and courses based learning contracts.