Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM Kampus Seremban

Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM Kampus Seremban merupakan perluasan daripada Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM Kampus Bangi. Perluasan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang lebih ramai murid pintar dan berbakat mendapat pendidikan yang sesuai dengan potensi dan kebolehan mereka. Kolej ini telah menerima kemasukan pelajar pertama pada Januari 2020 dan akan menempatkan murid menengah rendah (Asas 1, Asas 2 dan Asas 3) sehingga  tahun 2022 dan tahun seterusnya.

Mulai sesi akademik 2021, Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM Kampus Seremban akan menawarkan dua aliran pembelajaran iaitu program Sains Tulen dan program Inovator Digital yang merupakan salah satu inisiatif baru yang dijalankan dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Selain itu,murid akan dapat mengikuti program pendidikan yang menyepadukan pembelajaran akademik, ko-kurikulum, pembinaan sahsiah dan nilai murni melalui pengalaman pembelajaran aktif dan bermakna. Suasana serta persekitaran sekolah turut dibangunkan agar menyumbang kepada perkembangan murid yang holistik dan menyeluruh.