Mathematics


Dr. Faeiza binti Samat
Course Coordinator & Senior Lecturer
Dr. Normahirah binti Nek Abd Rahman
Senior Lecturer
Dr. Norsakinah binti Mohamad
Course Coordinator & Senior Lecturer

Dr. You Huay Woon
Senior Lecturer
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah:
- Penaakulan Mantik (PNAP0143)
- Statistik (PNAP0154)
- Kalkulus Vektor (PNAP0243)
The courses offered are:
- Logical Reasoning (PNAP0143)
- Statistic (PNAP0154)
- Vector Calculus (PNAP0243)
Sinopsis Kursus
Penaakulan Mantik (PNAP0143)
Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan kalkulus bersepadu yang tertumpu kepada pemahaman konsep, pembuktian dan kebolehan dalam menyelesaikan masalah. Logik dan pembuktian akan diberikan dengan sewajarnya di sepanjang kursus ini. Kaedah pembuktian seperti kaedah terus, aruhan, kontrapositif, akas dan kaedah percanggahan dibincangkan dan digunakan dalam semua topik kursus ini. Kalkulus dengan satu pemboleh ubah dan lanjutannya kepada banyak pemboleh ubah akan diperkenalkan. Ini termasuklah had, fungsi terbezakan dan teorem-teorem berkenaan keselanjaran dan fungsi terbezakan. Aplikasi pembeza dan pembeza separa juga akan dibincangkan. Jujukan, siri dan ujian penumpuan melengkapkan kursus ini.
Course Synopsis
Logical Reasoning (PNAP0143)
This course introduces students with an integrated calculus focusing on conceptual understanding, proving and capabilities in solving problems. Logic and proving will be given accordingly throughout this course. Proving methods such as direct method, induction, contrapositive, converse and contradiction methods are discussed and applied in all topics in this course. Calculus with single variable and its expansion into multivariable will be introduced. These include limit, differentiable functions and theorems on continuous and differentiable functions. Application of differential and partial differential will also be discussed. Sequences, series and their convergence tests complete the course.
Sinopsis Kursus
Statistik (PNAP0154)
Kursus ini memberi tumpuan kepada teknik statistik iaitu statistik berperihalan dan aruhan. Pelajar akan mempelajari konsep dan teknik statistik untuk mengumpul, menyusun, meringkas, menganalisis dan membuat kesimpulan dari data. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada konsep-konsep asas dalam Pengenalan kepada Statistik, Pembentangan Data, Penerangan Data, Kebarangkalian, Pembolehubah Rawak, Taburan Normal, Selang Keyakinan, Ujian Hipotesis, Korelasi dan Regresi, Ujian Chi-Square, Analisis Varians (ANOVA). Untuk membantu analisis data, alat perisian yang sesuai (misalnya, Pakej Statistik untuk Sains Sosial, Microsoft Excel) digunakan untuk mengembangkan kemahiran analisis praktikal dan meningkatkan pemahaman konsep
Course Synopsis
Statistic (PNAP0154)
This course focuses on the statistical techniques of descriptive and inferential statistics. Students will learn the statistical concepts and techniques to collect, organize, summarize, analyze and draw conclusion from the data. Students are also introduced to the basic concepts involved in Introduction to Statistics, Organizing Data, Data Description, Probability, Random Variable, Normal Distribution, Confidence Interval, Hypothesis Testing, Correlation and Regression, Chi-Square Test, Analysis of Variance (ANOVA). To aid in the analysis of data, the appropriate software tool (for example Statistical Package for Social Sciences, Microsoft Excel) is used to develop practical analysis skills and enhance conceptual understanding.
Sinopsis Kursus
Kalkulus Vektor (PNAP0243)
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada kalkulus bersepadu yang memberi tumpuan kepada pemahaman konsep, pembuktian dan keupayaan dalam menyelesaikan masalah. Kursus ini bermula dengan topik Kamiran Riemann untuk fungsi satu pembolehubah dan seterusnya diperluaskan kepada dua dan tiga pembolehubah merangkumi ciri-ciri pengkamiran dan Teorem Asas Kalkulus. Kursus ini juga memperluaskan konsep kamiran ganda dua dan ganda tiga. Selain itu, kursus ini memperkenalkan konsep vektor dalam satah dan ruang, fungsi vektor, medan vektor dan scalar. Ini merangkumi konsep lengkung sebagai fungsi vektor dan permukaan sebagai satu fungsi vektor dua pembolehubah. Selain itu, konsep kecerunan dan lengkung normal, lengkung dan tangen, satah permukaan dan tangen turut dibincangkan. Kursus ini turut memperkenalkan kecapahan dan keilakan medan vektor dan ciri-cirinya sebelum konsep kerja dan kamiran garis, teoram asas kamiran garis dan Teorem Green diperkenalkan. Akhir sekali, kawasan permukaan, kamiran permukaan, Teorem Kecapahan Gauss dan Teorem Stokes akan turut melengkapkan kursus ini.
Course Synopsis
Vector Calculus (PNAP0243)
This course introduces students to an integrated calculus focusing on conceptual understanding, proving and capabilities in solving problems. The course starts with Riemann integral of one variable function and next extended to two and three variables. Also included is integral as antiderivative, integral properties and the Fundamental Theorem of Calculus. The course extends this concept to double and triple integrals. The course next will introduce the concept of vectors in plane and space, vector functions, vector and scalar fields. This also covers the concept of curve as a vector functions and surface as a vector function of two variables. The concept of gradient and normal, curve and tangent line, surface and tangent plane will be discussed. This course also tells us on divergence and curl of a vector field and their properties before the concept of work and line integral, fundamental theorem of line integral and Green Theorem are introduced. Finally, the area of surface, surface integral, Gauss Divergence Theorem and Stokes Theorem will complete the course.