Pengumuman Awal Tawaran Menghadiri Ujian Saringan Kemasukan Ke Kolej GENIUS@Pintar UKM Kampus Seremban Dan Akademi Pintar Pendang Bagi Sesi 2021

Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia , berbesar hati untuk menjemput calon dan ibu bapa/penjaga bagi menghadiri satu sesi temubual sebagai syarat kelayakan utama untuk kemasukan pelajar ke Kolej GENIUS@Pintar Kampus Seremban (KGPS), Negeri Sembilan dan SM Sains Pendang (Akademi Pintar Pendang – APP), Kedah.

Temubual akan dijalankan secara bersemuka atau secara dalam talian pada tarikh 1 September 2020 sehingga 27 Oktober 2020.

Calon yang ditawarkan adalah murid berusia 11 dan 12 tahun (murid tahun 5 dan 6). Pemilihan calon adalah berdasarkan keputusan ujian saringan UKM2 pada tahun 2019 di mana calon telah melepasi skor kelayakan.

Segala keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan serta surat menyurat tidak akan dilayan.

Surat tawaran telah dipos kepada semua calon yang layak.

Calon diminta melengkapkan Lampiran (A) dan Lampiran (B) yang dikepilkan dalam surat tawaran dan menghantar semula ke Pusat GENIUS@Pintar Negara sebelum atau pada 22 Julai 2020.

Untuk maklumat lanjut dari masa ke masa, calon dan ibu bapa/penjaga boleh melayari website https://www.ukm.my/geniuspintar/ atau menghubungi pihak urusetia di talian 03-89217533/7521 dan e-mel kppukm@ukm.edu.my.

Pihak Pusat GENIUS@Pintar Negara akan membuat panggilan susulan kepada calon yang layak menggunakan talian 03-89217500.

Kerjasama calon dan ibu bapa / penjaga didahului dengan ucapan terima kasih.

Harap maklum dan terima kasih atas kerjasama dari pihak tuan/puan.