Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)

Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) PERMATApintar® – UKM  bertujuan membantu pelajar meningkatkan potensi mereka. Program pengayaan ini dijalankan dalam tempoh 3 minggu dan dikendalikan oleh instruktor, pembantu pengajar dan pembantu pelajar yang dilatih khusus oleh pengajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sepanjang perkhemahan, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program kerohanian mengikut agama masing-masing dan lawatan sambil belajar.

Program ini merupakan medium untuk membolehkan kami mengenalpasti calon-calon yang berpotensi untuk ditawarkan belajar di Kolej PERMATApintar®, UKM, satu-satunya sekolah khas untuk pelajar pintar dan berbakat di Malaysia. Pelajar yang terpilih berumur antara 9-15 tahun dari pelbagai bangsa dan latar sosio-budaya dan telah melalui Ujian Saringan PERMATApintar® UKM1 dan UKM2.

Program ini menyediakan kursus-kursus yang mencabar minat pelajar pintar cerdas yang tidak diajar di sekolah. Kursus-kursus yang ditawarkan untuk adalah seperti:

* Program ini dibuka hanya untuk pelajar yang telah LULUS Ujian Saringan PERMATApintar® UKM2 dan telah mendapat tawaran sahaja.

* Semakan boleh dibuat di laman sesawang berikut:
semak.permatapintar.edu.my