LIGA SIFER UNTUK WIRA SIBER (CYPHER CAMP 4 CYBER CHAMP – C4C)

Sinopsis Kursus

Course Synopsis

Kursus ini bertujuan memperkenal pelajar sekolah rendah/menengah unsur yang mengujakan dan menarik dalam kriptologi di samping unsur matematik yang mendasarinya. Kandungan termasuklah aktiviti kod Morse, sifer Caesar, sifer Hill, sifer Playfair, sifer Vigenere, sifer ADFGVX, sifer blok dan fungsi cincang. Konsep matematik tinggi seperti set integer, kebolehbahagian, matriks, modular aritmetik, nombor dedua dan fungsi yang memperkaya pengetahuan pelajar turut diperkenalkan disepanjang aktiviti ini. Aktiviti menarik dalam membina dan memecah kod permainan akan memberi pengalaman yang menggembirakan kepada pelajar di sepanjang kem ini.

This module aims to introduce primary school students to the exciting and fun elements in cryptology field as well as the mathematical elements behind it. The contents include activities using the Morse code, Caesar cipher, Hill cipher, Playfair cipher, Vigenere cipher, ADFGVX cipher, block cipher and hash function. Advanced mathematical concepts such as the set of integers, divisibility, matrices, modular arithmetic, binary numbers and functions which enrich the students’ mathematical knowledge are also introduced along with related activities. Fun activities in creating and breaking codes games will give exhilarating experience to the students throughout this camp.


Ketua Modul (Key Instructor)
Prof. Madya Dr. Eddie Shahril bin Ismail
e-mel: esbi@ukm.edu.my

Instruktor (Instructor)
Shahrizal bin Mohd Safri

Pembantu Pengajar (Teaching Assistant)
Mohd Fairuz bin Ahmad Harail

Pembantu Pelajar (Student Assistant)
Muhamad Hazim bin Rahmat

PPCS Weekly Award