Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

SIASATAN KEJADIAN JENAYAH (CRIME SCENE INVESTIGATION – CSI)

Sinopsis Kursus

Course Synopsis

Kursus ini memberi pendedahan awal dan pengetahuan asas mengenai sains forensik, khususnya dalam penyiasatan tempat kejadian jenayah. Modul 10 hari dalam kursus ini dibina dan dibuat untuk meningkatkan minat pelajar terhadap kaedah saintifik untuk menganalisis kronologi kes jenayah berdasarkan bahan bukti yang dijumpai di tempat kejadian. Pelajar akan diperkenalkan mengenai gambaran besar penyiasatan tempat kejadian jenayah pada hari pertama kelas. Pelajar juga akan diperkenalkan mengenai analisis penting bahan bukti dalam penyiasatan tempat kejadian jenayah termasuk analisis cap jari, analisis kasut dan cetakan tayar, analisis rambut dan bukti surih, analisis dokumen dan tulisan tangan, analisis darah, DNA dan corak darah, serta siasatan kebakaran. Sepanjang program berlangsung, pelajar perlu selesaikan satu kes jenayah secara berkumpulan berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh sepanjang kelas berlangsung dan akan membentangkan hasil dapatan di hari terakhir. Sepanjang perjalanan pembelajaran selama 10 hari ini, pelajar akan dapat mengalami proses pembelajaran dan pedagogi baru, seperti ujian pra dan pasca, bahagian berfikir, perkongsian kumpulan, persembahan individu dan kumpulan, aktiviti langsung setiap hari, tinjauan filem, kerja makmal, penulisan laporan, persembahan akhir serta lawatan lapangan.

This course provides an early exposure and fundamental knowledge about forensic science, especially in crime scene investigations. The 10-day module in this course was constructed and created to boost students’ interest in scientific methods for analyzing the chronology of criminal cases based on evidence found at the scene. Students will be introduced about the big picture of crime scene investigations on the first day of class. Students will also be introduced on how to analyse evidence in crime scene investigations including fingerprint analysis, footwear and tire print analysis, hair and trace evidence analysis, questioned document and handwriting analysis, DNA and blood pattern analysis, and fire investigations. Throughout the program, students will have to solve a criminal case in groups based on the evidence obtained throughout the class and will present the findings on the last day. Throughout this 10-day learning journey, students will be able to experience new learning processes and pedagogy, such as pre- and post-test, think-pair-share, group discussion, individual and group presentation, daily hands-on activities, movie review, laboratory works, report writing, final presentation as well as field trip.

Ketua Modul (Key Instructor)
Puan Nursakinah Binti Mat Hazir
e-mel: nursakinah11@ukm.edu.my

Instruktor (Instructor)
Muhammad Firdaus bin Idrus

Pembantu Pengajar (Teaching Assistant)
Nurul Amalina binti Ab Rahman

Pembantu Pelajar (Student Assistant)
Naim Naqib bin Mohd Yasni

PPCS Weekly Award