TEKNOLOGI HIJAU (GREEN TECHNOLOGY)

Sinopsis Kursus

Course Synopsis

Kandungan dalam kursus ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu; 1) Tenaga Hijau, 2) Teknologi Hijau dan 3) Reka Bentuk Hijau. Di dalam Bahagian Tenaga Hijau, pelajar didedahkan dengan isu dunia dan kesan daripada aktiviti manusia kepada bumi seperti seperti pemanasan global dan pencemaran yang membawa kepada pengenalan tentang tenaga hijau. Pelajar diperkenalkan kepada jenis-jenis tenaga hijau dan potensi penggunaan tenaga hijau sebagai sumber tenaga alternatif bagi bahan api fosil. Pembelajaran dalam Bahagian Teknologi Hijau pula mendedahkan pelajar dengan teknolgi-teknologi yang terhasil dari setiap jenis tenaga hijau yang dipelajari. Pelajar juga didedahkan dengan kit-kit pembelajaran berkaitan teknologi tenaga hijau bagi mengukuhkan kefahaman pelajar mengenai mekanisme teknologi hijau tersebut secara praktikal. Pelajar juga mereka bentuk ujikaji mereka sendiri menggunakan bahan di sekeliling mereka bagi eksperimen berkaitan teknologi hijau. Selain itu, pelajar juga diberi peluang berkenalan dengan pakar dalam bidang teknologi tenaga hijau di Malaysia dalam bidang tenaga suria, tenaga angin, senibina dan dan biojisim yang dijemput khas untuk memberi penerangan dan membuat aktiviti bersama pelajar. Untuk Bahagian Reka Bentu Hijau, pelajar akan merekabentuk sebuah model bandar hijau yang lestari. Pelajar akan mempelajari bahawa lima elemen utama yang perlu ditikberatkan kelestariannya dalam penghasilan bandar hijau adalah sumber tenaga, makanan, alam sekitar, pengangkutan dan pengurusan sisa buangan. Pelajar menggunakan bahan terbuang dalam membina model bandar hijau tersebut.

The content in this course is divided into three parts namely; 1) Green Energy, 2) Green Technology and 3) Green Design. In the Green Energy Part, students are exposed to world issues and the effects of human activities on the earth such as global warming and pollution that lead to the introduction of green energy. Students are introduced to the types of green energy and the potential use of green energy as an alternative energy source for fossil fuels. Second part, which is Green Technology, exposes students to the technologies from each type of green energy learned. Students are also exposed to education kits related to green energy technology to strengthen students’ understanding of the green technology mechanism in practice. Students also design their own experiments using materials around them for experiments related to green technology. Apart from that, students are also given the opportunity to get acquainted with experts in the field of green energy technology in Malaysia in the field of solar energy, wind energy, architecture and biomass specially invited to provide information and make activities with students. For the Green Design Part, students will design a sustainable green city model. Students will learn that the five key elements that need to be emphasized in their sustainability in the green city are energy resources, food, environment, transportation and waste management. Students use waste materials in building the green city model.

Ketua Modul (Key Instructor)
Dr. Suhaila binti Sepeai
E-mel: suhailas@ukm.edu.my

Instruktor (Instructor)
Dr. Noorain binti Purhanudin

Pembantu Pengajar (Teacher Assistant)
Nurul Aqidah binti Mohd Sinin

Pembantu Pelajar (Student Assistant)
Dr. Nurul Nazli binti Rosli

PPCS Weekly Award