Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI REKA CIPTA (INTRODUCTION TO INVENTION TECHNOLOGY)

Sinopsis Kursus

Course Synopsis

Kursus ini menyediakan pendedahan awal dan teras pengetahuan mengenai reka cipta. Terdapat 10 modul dalam kursus ini yang bakal didedahkan kepada pelajar. Modul ini dirancang rapi bagi menarik minat pelajar untuk memiliki pemikiran yang kreatif dan kritis seperti seorang pereka cipta. Pada permulaan modul, pelajar akan diperkenalkan konsep reka cipta, invensi dan inovasi supaya pelajar dapat mengemudi kursus ini dengan bermakna sehingga ke penghabisan. Seterusnya, pelajar juga akan diperkenalkan dengan konsep reka bentuk yang ada hubungkaitnya dengan reka cipta. Setelah mengetahui perbezaan kedua-dua konsep ini, pelajar dapat mewujudkan sifat menghargai pada sesuatu hasil reka cipta yang ada di persekitaran. Dalam melahirkan pelajar yang berjiwa seorang pereka cipta yang kreatif dan berkualiti, teknik SCAMPER akan bakal dipelajari oleh pelajar. Teknik ini sering kali digunakan oleh seorang pereka cipta. Bagi melatih daya ingatan dan memperkukuhkan pengetahuan pelajar, modul mesin ringkas juga diselitkan dalam kursus ini. Pelajar dapat mengaplikasikan mesin ringkas yang pernah dipelajari dalam kursus ini untuk menghasilkan rekaan sendiri. Selain itu, pelajar diberi kebebasan untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam modul rekacipta tanpa had. Di dalam modul ini pelajar dapat menonjolkan bakat-bakat yang tersimpan dengan meghasilkan rekaan tersendiri. Pelajar dapat melahirkan sifat yang terbuka untuk berkongsi atau bertukar pendapat dengan rakan-rakan dalam modul Eggstronaut Drop Challenge. Modul membantu dalam menyuntik semangat daya saing yang sihat dikalangan pelajar. Untuk menjadi seorang pereka cipta yang berkualiti dan menitikberatkan kesan-kesan reka cipta dan inovasi terhadap alam sekitar dan masyarakat, pelajar juga diberi peluang untuk berbincang dan berdiskusi serta bertukar pendapat dengan rakan-rakan dalam modul yang ke 7.

This course provides an initial exposure and core knowledge of design. 10 modules in this course that will be revealed to students. This module is carefully planned to attract students to have creative and critical ideas like a designer. During the module, students will be introduced to the concepts of design, invention and innovation that students need to be able to navigate this course by using it to completion. Next, students will also be introduced to design concepts that are related to design. After knowing the differences between these two concepts, students can create a sense of appreciation for a design product that exists in the environment. In students who are the soul of creative and creative designer, students will learn SCAMPER techniques. An inventor often uses this technique. To train memory and strengthen students’ knowledge, simple machine modules are also included in this course. Students can apply simple machines that have been learned in this course to produce their own designs. In addition, students are given the freedom to think creatively and critically in an unlimited invention module. In this module, students can highlight their stored talents by creating their own designs. Students can create properties that are open to or opinion with peers in the Eggstronaut Drop Challenge module. The module helps in injecting a healthy competitive spirit among students. To be a given designer and focus on the effects of design and innovation on the environment and society, students also choose the opportunity to discuss and draw opinions with friends in the seventh module.

Ketua Modul (Key Instructor)
Nurafizalwani binti Ayub

Instruktor (Instructor)
Nurul Waheeda binti Mazlan

Pembantu Pengajar (Teaching Assistant)
Nur Syahrul Nizam bin Abdul Malek

Pembantu Pelajar (Students Assistant)
Arif Naim bin Rosnizam

PPCS Weekly Award