Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

PENGENALAN KEPADA ARKEOLOGI (INTRODUCTION TO ARCHAEOLOGY)

Sinopsis Kursus

Course Synopsis

Kursus ini adalah selama 10 hari sepanjang perkhemahan cuti sekolah bagi Pusat GENIUS@Pintar Negara. Kursus pengenalan kepada arkeologi ini akan diperlajari dari segi teori, metodologi dan praktis. Kandungan kursus akan menjawab persoalan-persoalan asas seperti apakah arkeologi dan sub-bidang lain dalam arkeologi? Bilakah arkeologi bermula? Bagaimanakah ahli arkeologi mencari tapak, menjalankan ekskavasi dan membuat interpretasi? Dalam kursus inu juga pelajar akan mempelajari mengenai artifak, fosil dan contoh sejarah purba yang terkenal dengan sejarah arkeologinya iaitu Mesir Purba. Dalam kursus ini, pelajar diajar supaya berfikir seperti seorang ahli arkeologi. Pelajar juga dapat menggabungkan ilmu sains dan sejarah dalam pengkajian arkeologi ini menerusi topik sains dan arkeologi. Sepanjang kursus ini pelajar akan dapat mengalami proses pembelajaran dan pedagogi baru, seperti ujian pra dan pasca, pembelajaran interaktif, perbincangan kumpulan, persembahan individu dan kumpulan, aktiviti langsung setiap hari, tinjauan filem, karya makmal, penulisan laporan, persembahan akhir dan juga lawatan lapangan.

This course is for the school holiday camp for the GENIUS@Pintar Negara Center. This course in terms of theory, methodology and practice. The course content will answer basic questions such as what are archaeology and other sub-fields in archaeology. When did archaeology begin? How do archaeologists find sites, carry out excavations and make interpretations? In this course, students will also learn about artefacts, fossils and examples of ancient history that are famous for their archaeological, namely Ancient Egypt. In this course, students are learning to think like an archaeologist. Students can also combine science and history in the study of archaeology through the topics of science and archaeology. Throughout this course, students will be able to experience new learning and pedagogical processes, such as pre and post-tests, interactive learning, group discussions, individual and group presentations, daily life activities, film reviews, laboratory works, report writing, final presentations and field trips.

Ketua Modul (Key Instructor)
Siti Aishah binti Hassan
E-mel: s.aishah@ukm.edu.my


Instruktor (Instructor):
Nor Syamilah binti Md Zin

Pembantu Pengajar (Teaching Assistant):
YM Raja Muhammad Imran bin Raja Abdul Aziz

Pembantu Pelajar (Student Assistant):
Aimi Aqilah binti Masri

PPCS Weekly Award