Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG (INTRODUCTION TO THE LAW STUDIES)

Sinopsis Kursus

Course Synopsis

Kursus ini memberi pendedahan awal bagi menarik minat murid untuk mengenali sistem undang-undang yang digunapakai di Malaysia. Modul yang merangkumi 10 hari pengajaran ini disusun secara sistematik dan praktikal sesuai dengan peringkat usia murid agar mereka dapat mengenali bidang baru ini. Permulaan modul ini, pelajar akan didedahkan dengan konsep, geopolitik Malaysia dan prinsip undang-undang di Malaysia. Seterusnya, murid diperkenalkan dengan sumber-sumber undang-undang dan institusi perundangan di Malaysia. Pada bahagian yang seterusnya, pelajar akan mempelajari bidang kuasa judisiari khususnya hakim yang menjadi tonggak utama kepada sistem kehakiman di Malaysia. Tidak lengkap pembelajaran sekiranya murid tidak diperkenalkan dengan topik utama dalam kesalahan undang-undang iaitu ‘tort’. Maka pada topik seterusnya wujud ‘tort’ iaitu berkenaan dengan undang-undang sivil atau kecuaian. Tidak ketinggalan juga, pendedahan terhadap undang-undang jenayah yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan. Salah satu undang-undang baru di Malaysia iaitu Undang-Undang Siber juga diterapkan di dalam modul ini selaras dengan kepesatan penggunaan teknologi siber pada hari ini. Pendedahan terhadap Undang-Undang Alam Sekitar juga menjadi salah satu topik dalam modul ini kerana kepentingannya di Malaysia. Murid-murid juga akan merasai pengalaman baru dalam dunia kehakiman dengan diberi peluang untuk melawat Muzium Kehakiman dan Istana Kehakiman. Selepas pelajar mengenali sistem perundangan tersebut, pelajar akan diberi peluang untuk merasai pengalaman perbicaraan mahkamah secara ‘moot’ dengan topik Advokasi Perbicaraan. Maka, melalui modul 10 Hari ini, pelajar menjalani satu pengalaman baru dalam pembelajaran kerana topik perundangan adalah suatu topik baru yang tidak diajar di sekolah. Sepanjang pembelajaran, pelajar akan melalui proses pembelajaran yang pelbagai melalui pra dan pasca ujian, perbincangan berkumpulan, pembentangan secara individu dan berkumpulan, aktiviti amali harian, tayangan video dan juga lawatan sambil belajar.

This course provides early exposure to attract students to get to know the legal system used in Malaysia. The module, which covers 10 days of teaching, is arranged systematically and practically according to the age of the students so that they can get to know this new field. At the beginning of this module, students will be exposed to the concepts, geopolitics of Malaysia and the principles of law in Malaysia. Next, students are introduced to the sources of law and legal institutions in Malaysia. In the next section, students will learn the jurisdiction of the judiciary, especially the judges who are the main pillars of the judicial system in Malaysia. Learning is incomplete if students are not introduced to the main topic in the offense of ‘tort’. So on the next topic there is ‘tort’ which is with regard to civil law or negligence. Not to be outdone, the exposure to criminal law provided for under the Penal Code. One of the new laws in Malaysia, namely Cyber ​​Law, is also applied in this module in line with the rapid use of cyber technology today. Exposure to Environmental Law is also one of the topics in this module because of its importance in Malaysia. Students will also experience new experiences in the world of justice by being given the opportunity to visit the Museum of Justice and the Palace of Justice. After students get to know the legal system, students will be given the opportunity to experience the court trial in a ‘moot’ manner with the topic of Trial Advocacy. So, through this 10 Day module, students experience a new experience in learning because the topic of law is a new topic that is not taught in school. Throughout the learning, students will go through a variety of learning processes through pre and post-tests, group discussions, individual and group presentations, daily practical activities, video screenings and even study tours.

Ketua Modul (Key Instructor)
Norfiza binti Apfandi
E-mel: norfizaza@ukm.edu.my

Instruktor (Instructor)
Nurul Farhani binti Kamarudin

Pembantu Pengajar (Teacher Assistant)
Maisarah binti Mustaffa

Pembantu Pelajar (Student Assistant)
Muhammad Azrul bin Roslan

PPCS Weekly Award