Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

PEMIKIRAN DALAM MATEMATIK (MATHEMATICAL THINKING)

Sinopsis Kursus

Course Synopsis

Pengenalan kursus ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar dalam membina kemampuan berfikir secara matematik iaitu satu kaedah berfikir yang sangat berguna dalam membuat sebarang keputusan berkaitan dengan pengetahuan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Berfikir secara matematik adalah tidak sama maksudnya dengan menyelesaikan masalah matematik ataupun matematik yang dipelajari dalam sistem persekolahan biasa. Matematik yang diajar di sekolah lebih menumpukan terhadap penyelesaian masalah yang bersifat stereotaip. Ahli matematik yang professional akan sentiasa memikirkan satu kaedah yang teratur dan pembuktian secara matematik dalam menyelesaikan masalah yang nyata iaitu masalah yang berlaku dalam dunia seharian,  sains ataupun daripada matematik itu sendiri.Kunci kepada kejayaan dalam matematik di sekolah adalah dengan belajar berfikir dari dalam kotak , sementara kunci kejayaan terhadap berfikir secara matematik adalah berfikir di luar kotak apabila menyelesaikan sebarang masalah matematik. Pada hari ini, kemampuan berfikir secara matematik ini amatlah berharga bagi pelajar pelajar dalam mendepani kehidupan yang sebenar. Kesimpulannya, kursus ini akan membina satu bentuk pemikiran secara matematik terhadap pelajar dalam menyelesaikan masalah kehidupan sebenar.

The goal of the course is to help students develop a valuable mental ability – a powerful way of thinking in making any decision related to mathematical knowledge in solving daily life problems. Mathematical thinking is not the same as doing mathematics or not as mathematics is typically presented in our school system. Mathematics taught in schools focuses more on highly stereotyped problems. Professional mathematicians think a certain way to solve real problems, problems that can arise from the everyday world, or from science, or from within mathematics itself. The key to success in school mathematics is to learn to think inside the box. In contrast, a key feature of mathematical thinking is thinking outside the box. Today, this is a valuable ability that student need in their real life. At the end, this course will help student to develop such kind of crucial way of thinking in solving real life problems.

Ketua Modul (Key Instructor)
Mohd Fadzil bin Kamarudin
E-mel: fadzil_kamarudin@ukm.edu.my

Instruktor (Instructor)
Ahmad Basri bin Ruslan

Pembantu Pengajar (Teaching Assistant)
Sara Syahrunnisaa binti Mustapha

Pembantu Pelajar (Students Assistant)
Ayuni Aniqah binti Abu Had

PPCS Weekly Award