Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

PENEMUAN SAINS DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH (QURAN AND SUNNAH IN SCIENCE DISCOVERIES)

Sinopsis Kursus

Course Synopsis

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada penemuan-penemuan sains di dalam Al-Quran dan As-Sunnah dan menjadikan pelajar mengetahui dan menyakini bahawasanya wahyu Allah iaitu Al-Quran adalah sebagai sumber ilmu sains yang ada di muka bumi ini sekarang. Di dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari tentang penemuan-penemuan sains di dalam Al-Quran terlebih dahulu kemudian disusuli dengan penemuan-penemuan sains di dalam As-Sunnah. Pelajar akan mempelajari tentang permulaan alam semesta menurut teori sains dan juga menurut Al-Quran. Peredaran matahari, orbit bulan, asal usul alam berbentuk asap dan bintang yang cahayanya menembusi. Kemudian, pelajar akan didedahkan dengan perbezaan cap jari manusia, perbezaan hujung jari, kulit sebagai organ deria menurut Al-Quran. Pelajar juga akan mempelajari ombak, air dua laut yang tidak bercampur apabila bertemu, air sungai dan air laut tidak bercampur menurut Al-Quran dan bahan api dan pembakaran menurut Al-Quran. Selain itu, pelajar akan mempelajari proses kejadian hujan menurut Al-Quran, lebah yang mencari manisan, labah-labah yang membuat sesawang menurut Al-Quran. Pelajar juga akan didedahkan dengan mu’jizat saintifik dalam Sunnah Nabi Muhammad SAW seperti tidur nabi, qada’ hajat secara mencangkung dan duduk, cara makan dan minum dan yang terakhir, senyum dan kesihatan. Sepanjang pembelajaran ini, pelajar akan dapat merasai pengalaman pembelajaran yang baru dan berbeza seperti ujian pre dan post, kaedah pembelajaran secara puzzle, fikir-pasangan-kongsi, perbincangan kumpulan, pembentangan secara individu dan berkumpulan, pembelajaran secara amali, ulasan saluran penemuan (discovery channel), ulasan artikel dan membuat artikel ringkas.

This course aims to expose students to the findings of science in the Al-Quran and As-Sunnah and make students know and believe that the revelation of God that the Al-Quran is as a source of science knowledge on this earth now. In this course, students will learn about the scientific discoveries in the Qur’an first and then followed by the scientific discoveries in the Sunnah. Students will learn about the beginning of the universe according to scientific theory and according to the Quran. The circulation of the sun, the orbit of the moon, the origin of nature in the form of smoke and the stars whose light penetrates. Then, students will be exposed to the differences of human fingerprints, differences of fingertips, skin as sensory organs according to the Quran. Students will also learn the waves, the water of the two seas that do not mix when they meet, the river water and the sea water that do not mix according to the Quran and the fuel and burning according to the Quran. In addition, students will learn the process of rain according to the Quran, bees looking for sweets, spiders making webs according to the Quran. Students will also be exposed to scientific miracles in the Sunnah of the Prophet Muhammad SAW such as the Prophet’s sleep, qada ‘desire by squatting and sitting, how to eat and drink and lastly, smile and health. Throughout this learning, students will be able to experience new and different learning experiences such as pre and post tests, puzzle learning methods, partner-sharing, group discussions, individual and group presentations, practical learning, discovery channel reviews ), review articles and create short articles.

Ketua Modul (Key Instructor)
Mohd Saifun Aznin bin Mohd Sharif
E-mel: saifun@ukm.edu.my

 

Instruktor (Instructor)
Muhammad Mustaqim bin Azman

Pembantu Pengajar (Teacher Assistant)
Nur Aimuni Zahidah binti Mohd Rani

Pembantu Pelajar (Student Assistant)
Ainun Ruzana binti Abdul Razak

PPCS Weekly Award