Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Prof. Mohd Yunus

Prof Muhammad Yunus iadalah salah seorang Laureates-in-Residence  pusat ini.

Biografi

Muhammad Yunus “Banker to the Poor”
Professor Muhammad Yunus telah menubuhkan Bank Grameen dalam tahun 1983, di Bangladesh. — dengan kepercayaan bahawa berhutang adalah merupakan satu dari hak asasi manusia.

Objektifnya adalah untuk membantu orang miskin keluar dari kepompong kemiskinan dengan memberikan mereka jumlah pinjaman yang bersesuaian dan mengajar memreka beberapa prinsip kewangan yang baik.

Nelalui pinjaman kecil yang diberikan kepada orang-orang miskin, Bank Grameen kini telah melangkah ke hadapan bersama-sama satu pergerakan sejagat kearah menghapuskan kemiskinan melaui skim pinjaman mikro yang kini dijalankan di lebih 100 buah negara.

Dilahirkan dalam tahun 1940 di bandar pelabuhan Chittagong, Professor Yunus telah melanjutkan pelajaran di Universiti Dhaka di Bangladesh, dan kemudian menerima biasiswa Fullbright yang membolehkannya melanjutkan pengajian ke Vanderbilt University. Dia mendapat PhD dalam bidang Ekonomi dari universiti berkenaan dalam tahun 1969, dan menjawat jawatan professor Madya dalam bidang Ekonomi di Middle Tennessee State University. Apabila kembali ke Bangladesh, Prof Muhammad Yunus telah menjadi ketua Jabatan Ekonomi di Universiti Chittagong.

Antara tahun 1993 hingga 1995 Prof Muhammad Yunus merupakan ahli Kumpulan Penasihat Antarabangsa untuk Persidangan Wanita SeDUnia, satu jawatan yang telah dilantik oleh Setiausaha Agung UN.

Dia telah berkhidmat untuk Suruhanjaya Kesihatan Wanita Sedunia,, Majlis Penasihat Pembangunan Ekonomi Mapan dan Kumpulan Pakar Tentang Wanita dan Kewangan UN.

Professor Yunus merupakan penerima pelbagai pingat antarabangsa atas ide-ide dan usaha beliau. Antara pingat yang diterima termasuklah Mohamed Shabdeen Award for Science (1993), Sri Lanka; Humanitarian Award (1993), CARE, USA; World Food Prize (1994), World Food Prize Foundation, USA; lndependence Day Award (1987), Pingat Tertinggi Bangladesh, Pingat Kepimpinan Kemanusiaan Raja Hussein (2000), Yayasan Raja Hussein, Jordan; Hadiah Alam Sekitar Volvo (2003), Volvo Environment Prize Foundation, Sweden; Nikkei Asia Prize for Regional Growth (2004), Nihon Keizai Shimbun, Japan; Franklin D. Roosevelt Freedom Award (2006), Roosevelt Institute of The Netherlands; dan the Seoul Peace Prize (2006), Seoul Peace Prize Cultural Foundation, Seoul, Korea. Beliau juga merupakan seorang ahli lembaga Yayasan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dipetik dari Les Prix Nobel. The Nobel Prizes 2006, yang disunting oleh Karl Grandin, [Nobel Foundation], Stockholm, 2007

Autobiografi/biografi ini ditulis semasa majlis penganugerahan hadiah nobel, dan kemudiannya diterbitkan dalam siri buku Les Prix Nobel/Nobel Lectures. Maklumat yang terkandung dalam biografi ini kadangkala dikemaskini dengan beberapa penambahan yang dihantar oleh penerima hadiah nobel.

Sumber: “Muhammad Yunus – Biography”. Nobelprize.org. 26 Jan 2013 http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/peace/laureates/2006/yunus-bio.html