Program ASASIpintar UKM

PENGENALAN

Program ASASIpintar UKM adalah program pra-universiti yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini telah diluluskan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi pada 8 Mac 2011. Program ini adalah untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mempunyai pencapaian akademik yang baik, potensi intelek yang tinggi dan berbakat. Pelajar Program ASASIpintar akan melanjutkan pengajian bagi peringkat Sarjanamuda di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam pelbagai bidang pengajian mengikut hasil pencapaian keputusan peperiksaan mereka dan juga keputusan temuduga fakulti.

Program ASASIpintar UKM menekankan kepada perkembangan pelajar yang holistik bagi memastikan kesemua aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social pelajar dapat dipertingkatkan. Program ini menawarkan kurikulum yang menekankan kepada gabungan teori dan amalan serta kursus penyelidikan yang dapat memantapkan kebolehan mereka menjalankan pelbagai penyelidikan dalam bidang yang diminati. Pembudayaan ilmu yang mencabar serta inovasi terkini menjadi tunggak kepada program ASASIpintar.

 

Carta Organisasi Unit ASASIpintar

 

MATLAMAT PROGRAM ASASIpintar UKM

  • Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar ASASIpintar UKM untuk belajar di institusi pengajian tinggi sekaligus mendahului penguasaan bidang berbanding pelajar lain.
  • Untuk membangunkan generasi pelajar pintar berbakat yang dapat membudayakan inovasi, rekacipta dan memiliki kemahiran melakukan penyelidikan.
  • Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan yang berkesan berteraskan nilai-nilai baik dan beretika.
  • Meningkatkan kompetensi insaniah pelajar secara holistik dan dapat memberi sumbangan kepada negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Struktur Kursus

*Tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa.

 

 

 

Klik disini untuk mendapatkan Brosur ASASIpintar.

Klik disini untuk mendapatkan Buku Panduan Akademik ASASipintar 2020/2021

(Semua maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa)

Maklumat terkini berkaitan pendaftran Program ASASIpintar Sesi 2020/2021 klik disini.

Makluman penting: Proses perpindahan kredit ke fakulti tidak tertakluk kepada pelajar lepasan Program ASASIpintar UKM.

 

Klik disini

 

Sebarang pertanyaan berkenaan program ASASIpintar boleh diajukan kepada:

Ketua Program ASASIpintar
Pusat GENIUS@Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 Bangi, Malaysia.

Emel: asasipintar@ukm.edu.my
No. Telefon: 03-89217505/7513 / 7515 / 7517 / 7518
Faksimili: 03-89217525

 

PAUTAN BERGUNA: