Social Science
Dr. Norshaffika Izzaty Zaiedy Nor
Faculty of Social Sciences & Humanities, UKM
Pn. Norlaila Abu Bakar
Center for Sustainable and Inclusive Development Studies (SID), UKM
Dr. Mohamad Azhan Yahya
Malaysian and Comparative Law Centre, UKM
Dr. Lai Wei Sieng
Faculty of Economics & Management, UKM
Dr. Nurul Hidayat Ab Rahman
Faculty of Law, UKM
Prof. Madya Dr. Azima Abdul Manaf
Faculty of Social Sciences & Humanities, UKM
Kursus-kursus yang ditawarkan adalah:
The courses offered are:
Sinopsis Kursus
Alam Manusia & Budaya (SKAP1013)
Kursus ini dirangka untuk membolehkan pelajar memahami interaksi timbal balik antara persekitaran fizikal, organisasi dan tingkah laku sosial. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama membincangkan tentang konsep dan komponen ekosistem seperti biotik, abiotik and budaya. Bahagian kedua, perbincangan ditumpukan kepada pendekatan teoritis seperti ekologi manusia, ekologi budaya dan teori risiko. Bahagian ketiga membincangkan isu yang berkaitan dengan hubungan masyarakat dengan alam sekitar seperti pertanian dan industri mapan, gerakan sosial, ekonomi, migrasi, pemanasan global dan globalisasi.
Course Synopsis
Human & Culture (SKAP1013)
This course is designed to prepare students to understand the reciprocal interactions between the physical environment, social organization, and social behavior. The course is divided into three parts. The first part discusses the concept of ecosystem and it componen such as biotic, abiotic and culture. The second part concentrates on theoritical approaches such as human ekology, cultural ecology and risk theory. The third part discusses on some issues related to societal-environmental relations such as sustainable agriculture and industry, social movements, economy, migration, global warming and globalization
Sinopsis Kursus
Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia 1 (UUUK1053)
Kursus ini dimulakan dengan memperkenalkan pelajar kepada apakah undang-undang, sifat dan fungsi undang-undang, klasifikasi undang-undang serta beberapa terminologi undang-undang. Seterusnya pelajar diajar mengenai sejarah dan sumber-sumber perundangan di Malaysia sama ada bertulis atau tidak bertulis seperti Perlembagaan Persekutuan, Statut, Common Law, Ekuiti, Doktrin Duluan Kehakiman, Undang- Undang Islam, Hindu dan adat. Pelajar juga diperkenalkan kepada doktrin duluan mengikat, autoriti berpengaruh, ratio decidendi, obiter dicta dan cara-cara membaca serta memahami kes. Akhir sekali pelajar diajar mengenai cara-cara mengubal undang- undang dan cara-cara mentafsir statut serta kaedah-kaedah tafsiran statut.
Course Synopsis
Introduction to Malaysian Legal System 1 (UUUK1053)
This course starts with introducing students to law, the nature and function of law, classification of law and some legal terminologies. Next, students are taught about history and legal resources in Malaysia such as the Federal Constitution, Statutes, Common Law, Equities, Precedent Doctrines, Islamic Law, Hinduism and custom. Students are also introduced to binding first doctrine, influential authority, ratio decidendi, dicta obiter and reading and comprehension of cases. Finally, students are taught about ways to formulate laws and ways to interpret statutes as well as rules of statute interpretation.
Sinopsis Kursus
Pengantar Kepada Perundangan Islam (UUUK1113)
Kursus ini secara asasnya mendedahkan pelajar kepada sistem perundangan Islam dari perspektif teori serta prinsip syariah. Ianya juga mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian sistem perundangan syariah di negara ini. Secara khusus, kursus ini mendedahkan pelajar kepada perkara-perkara seperti:
a) Pengenalan undang-undang Islam (syariah, fiqh, usul fiqh dan perundangan syariah)
b) Maqasid Syariah
c) Ciri-ciri perundangan Islam dan perbezaannya dengan perundangan manusia
d) Sumber undang-undang Islam yang disepakati dan yang tidak disepakati
e) Sejarah perundangan Islam
f) Pengistinbatan Hukum-Dharuriyyat, Hajiyyat, Tahsiniyyat
g) Qawaid Fiqhiyyah
h) Undang-undang Islam di Malaysia
Course Synopsis
Introduction to Islamic Law (UUUK1113)
This course basically exposes students to the Islamic legal system from theoretical perspective and sharia principles. It also exposes students to the application of the syariah law system in this country. Specifically, this course exposes students to aspects like:
a) Introduction of Islamic law (syariah, fiqh, jurisdiction and syariah law)
b) Maqasid Syariah
c) The characteristics of Islamic law and the difference with human legislation
d) Agreed and unacceptable Islamic source of law
e) History of Islamic law
f) Legalization-Dharuriyyat, Hajiyyat, Tahsiniyyat
g) Qawaid Fiqhiyyah
h) Islamic law in Malaysia
Sinopsis Kursus
Pengantar Psikologi (SKPP1013)
Kursus ini memperkenalkan psikologi sebagai disiplin saintifik. Aspek yang akan diliputi dalam kursus ini ialah persoalan psikologi sebagai satu sains dan konsep- konsep asas dalam psikologi. Topik yang akan dibincangkan meliputi kaedah saintifik, psikologi biologi, kederiaan dan pengamatan, perkembangan manusia, pembelajaran dan kognisi, kepintaran manusia, motivasi, emosi, personaliti, psikologi abnormal dan psikologi sosial.
Course Synopsis
Introduction to Psychology (SKPP1013)
This course introduces students to psychology as a scientific discipline. Aspects covered in this course are the issues of psychology as a science and foundation concepts in psychology. Topics to be discuss are scientific methodology, biological psychology, sensation and perception, human development, learning and cognition, human intelligence, motivation, emotions, personality, abnormal psychology and social psychology.
Sinopsis Kursus
Mikroekonomi (EPPD1013)
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai model mikroekonomi, konsep dan methodologi dalam meningkatkan kefahaman mengenai masalah ekonomi diperingkat pelanggan dan syarikat. Kursus ini merangkumi permintaan, penawaran, keseimbangan harga, keanjalan, teori pilihan pelanggan, fungsi produksi, kos dan struktur pasaran. Di akhir kursus ini, pelajar mampu mengaplikasikan teori ekonomi dalam menyelesaikan masalah ekonomi dan pengurusan.
Course Synopsis
Microeconomy (EPPD1013)
The main objective of this course is to expose the students to the knowledge of the microeconomic model, concept and methodology in enhancing their understanding on the economic problem at the consumer and firms level. Topics covered in this course include demand, supply, price equilibrium, elasticities, consumer choice theory, production function, cost and market structure. At the end of the course, students should be able to apply the microeconomic theory in solving the economic and management problems.
Sinopsis Kursus
Makroekonomi (EPPD1023)
Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang konsep asas makroekonomi yang meliputi pengukuran dan keseimbangan pendapatan negara, peranan bank pusat, bank perdagangan dan proses penciptaan kredit, pasaran wang dan penentuan kadar bunga, implikasi dasar fiskal dan monetari terhadap pendapatan negara, pengangguran dan inflasi, perdagangan antarabangsa, imbangan pembayaran dan pasaran pertukaran asing serta globalisasi dan pertumbuhan ekonomi. Di akhir kursus, pelajar seharusnya dapat mengaitkan ilmu tersebut dengan isu ekonomi semasa dalam persekitaran global dan setempat.
Course Synopsis
Macroeconomy (EPPD1023
This course aims to provide knowledge to the students about the basic concepts of macroeconomics which includes the measurement and equilibrium of national income, the role of the central bank, commercial banks and credit creation process, the money market and the determination of interest rates, fiscal and monetary policy implications on national income, unemployment and inflation, international trade, balance of payments and foreign exchange markets as well as globalization and economic growth. At the end of the course, students should be able to relate such knowledge with the current economic issues in the global and local environment.