Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM

 Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan

Ujian UKM2 2021

Ujian UKM2 2021 akan dilaksanakan secara berperingkat menggunakan kaedah yang bersesuaian seiring dengan keadaan semasa pandemik. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:

1. Pengawasan Jarak Jauh – kaedah ini memerlukan calon menyediakan kelengkapan yang diperlukan (komputer berkamera untuk menjawab ujian, telefon/ tablet untuk pengawasan dan capaian internet) untuk menjawab ujian dari kediaman masing-masing dengan pemantauan jarak jauh oleh pengawas.

2. Pengawasan Jarak Jauh Berpusat – kaedah ini memerlukan calon menjawab ujian di pusat ujian yang ditetapkan dengan persediaan kelengkapan ujian oleh pegawai pusat ujian dan pemantauan jarak jauh oleh pengawas.

3. Pengawasan Bersemuka – kaedah ini memerlukan calon hadir ke sesi ujian di pusat ujian yang ditetapkan dengan pemantauan oleh pengawas secara bersemuka.

Peringkat awal pelaksanaan ujian ini akan tertumpu kepada calon berumur 12 tahun. Calon yang bersetuju mematuhi SOP pelaksanaan Kaedah 1 akan diberikan keutamaan bagi menduduki ujian UKM2 dalam bulan Julai dan Ogos. Diikuti dengan Kaedah 2, tertakluk kepada kebenaran pelaksanaan, bagi calon yang menghadapi kekangan kelengkapan. Kaedah 3 yang merupakan kaedah utama pelaksanaan ujian UKM2 sebelum ini hanya akan digunapakai apabila keadaan mengizinkan.

Sistem semakan kelayakan ke ujian UKM2 akan dibuka dalam masa terdekat. Sebarang pemakluman lanjut akan dibuat dari semasa ke semasa.