Atur Cara Pertandingan

Durasi 6 minit untuk pusingan awal & separuh akhir:
9.00pg – 9.30pg pusingan awal
10.00pg – 10.15pg separuh  akhir 1  (siaran live)
10.15pg – 10.30pg  separuh akhir 2 (siaran live)

Durasi 10 minit untuk perlawanan akhir
11.30pg – 12.00tgh (siaran live)

Siaran perlawanan secara live

Menggunakan de   sebagai platform untuk membolehkan peserta live ke group page FB PES 2021 HBP Maya UKM. AJK akan share live tersebut ke webex. Hanya peserta semifinal & final sahaja yang akan stream ke group page tersebut. Peserta semi & final akan di assign sebagai admin bagi membolehkan mereka stream perlawanan dari omlet ke FB group PES 2021 HBP Maya UKM.

2 orang caster akan membuat liputan secara langsung dalam perlawanan separuh akhir & akhir.

Pendaftaran

Menggunakan platform google form untuk pendaftaran dan maklumat yang perlu diisi ialah:

  1. Nama penuh
  2. UKMper/matriks ID
  3. Jabatan/Fakulti
  4. Emel
  5. No. Tel
  6. PES user ID

Penyaluran maklumat perlawanan

Semua peserta yang mendaftar akan diinvite ke group telegram PES 2021 HBP Maya UKM bagi menyalurkan maklumat perlawanan, peraturan, jadual & keputusan perlawanan. Jadual dan keputusan akan dikemaskini secara atas talian pada platform “tournament”.

Peraturan Perlawanan

  • Terbuka kepada warga UKM sahaja (Pelajar & Kakitangan)
  • Team strength – bebas 
  • Skuad bebas
  • Backpass adalah dilarang ( sertakan bukti video atau gambar )
  • Digalakkan untuk rekod perlawanan masing-masing
  • Celebrations goal tidak dibenarkan sama sekali (sertakan bukti video atau gambar) kecuali
    perlawanan separuh akhir & akhir
  • Sekiranya mempunyai masalah lag yang teramat sangat, terus maklumkan kepada pihak              marshall / admin ( terus keluar pada game )
  • Gol semasa dikira jika keluar daripada permainan disebabkan lag/dc.
  • Contoh situasi : ‘pasukan a’ terputus talian pada minit ke 75 perlawanan dengan jaringan 3 – 0 di hadapan ‘ pasukan b’, maka perlawanan akan dimulakan semula dengan jaringan 3 – 0 berpihak kepada ‘pasukan a’ dan perlawanan akan dijalankan selama 15 minit untuk melengkapkan 90 minit masa perlawanan sebenar. Jadi pause game pada minit ke 15 dan terus hantarkan bukti bergambar perlawanan yang tamat kepada admin/marshall.
  • Extra Time – ON
  • Penalty Kick – ON
  • Sebarang provokasi atau menggunakan kata-kata kesat adalah amat dilarang keras
  • Pemenang setiap perlawan perlu menghantar keputusan perlawanan dalam bentuk video atau gambar sebagai bukti kemenangan kepada urusetia