Ya, kira-kira 3 – 4 dalam setiap 1000 bayi dilahirkan dengan masalah pendengaran. Ujian saringan pendengaran pada bayi yang baru lahir dapat membantu untuk mengesan masalah pendengaran pada peringkat awal. Malah, kebanyakan hospital utama di Malaysia menjalankan ujian saringan pendengaran ke atas bayi yang dilahirkan di hospital.
Walau bagaimanapun, masalah pendengaran juga boleh diperoleh di kemudian hari. Ketahui tanda-tanda dan simptom masalah pendengaran supaya intervensi awal boleh dilakukan.
Sekiranya anak anda menunjukkan sebarang tanda-tanda tersebut, sila minta untuk dirujuk kepada audiologis yangberdekatan untuk pemeriksaan pendengaran. Pendengaran anak anda boleh diuji seawal usia satu hari. Sila rujuk kepada senarai perkhidmatan audiologi di Malaysia.
03-92895132/5133
Kami berhasrat untuk memaksimumkan pencapaian individu bermasalah pendengaran melalui pendekatan multi-dimensi yang merangkumi perkhidmatan klinikal, pendidikan dan penyelidikan.