Mengembangkan otak mendengar

Memakai alat pendengaran SEPENUH MASA
Otak kanak-kanak perlu mendengar selama 20,000 jam sebelum ia bersedia untuk belajar membaca. Kelewatan mendengar = kelewatan membaca.
Mengingatkan anak untuk mendengar
Dapatkan perhatian anak dahulu sebelum bercakap. Anda boleh panggil namanya dan meminta mereka untuk “dengar” setiap kali sebelum anda bercakap.
Penekanan akustik/ suara menyanyi
Teknik ini bukan sahaja menjadikan suara anda lebih menarik, ia juga lebih mudah didengar.
Sentiasa bercakap dengan anak anda
Ceritakan situasi yang sedang berlaku. Ceritakan apa yang anak anda dengar, lihat, bau, rasa dan lakukan. Kajian menunjukkan kanak-kanak perpendengaran normal pada kebiasaanya terdedah kepada 13 ke 45 juta perkataan pada umur 3 tahun, dan ini berkait rapat dengan prestasi akademik mereka pada umur 9 tahun.
Persekitaran mendengar yang baik
Jauhkan diri dari sumber kebisingan (television, radio dsb.) Duduk dekat dengan anak anda semasa bercakap dengannya.

Learning to Listen Sounds

Learning to listen sounds (LTLS) merupakan antara cara mudah dan menarik bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran untuk mula mempelajari kemahiran mendengar dan berbahasa.

Kebanyakan LTLS mengandungi bunyi vokal yang menjadikan bunyi-bunyi ini lebih lantang dan mudah untuk didengar. Bunyi-bunyi ini selalunya disebut dengan intonasi yang berbeza untuk menjadikannya menarik dan senang diingati oleh kanak-kanak kecil.

Berikut merupakan contoh-contoh LTLS yang anda boleh gunakan untuk mengajar anak anda.Berbincanglah dengan terapis anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai LTLS!

Bahan/Mainan
LTLS
Bahan/Mainan
LTLS
Kapal terbang
Ah~
Kucing
Meow
Bas
Ba Ba Bas
Anjing
Woof / Gong Gong
Kereta
Vroom Vroom
Cicak
Zik zik zik / “ch ch ch”
Kapal
Bo Bo Bo
Tikus
E E E
Motorsikal
Beep Beep
Lembu
Moo
Ambulans
Ni No Ni No
Ular
Ssss
Keretapi
Choo Choo
Loceng pintu
Ding Dong
Hujan
Tik Tok Tik Tok
Ayam
Kok Kok Kok
Ready, set, go
Go!
Itik
Kuek kuek
Bayi menangis
Wa Wa Wa
Burung
Tweet / Chip Chip
Tidur
Shhhh
Aiskrim
Mmmm
Salam
Hi/ Hello
Gelongsor
Weee

Pembelajaran menarik di rumah

Bilik Tidur

Bilik Mandi

Dapur

Ruang Tamu

Almari Baju

Strategi komunikasi

Selain penggunaan peranti pendengaran, mengenalpasti strategi komunikasi juga penting untuk membantu anak anda mendengar dengan lebih baik. Berikut adalah beberapa strategi: