Peranti pendengaran: Alat Bantu Dengar

Mengembangkan otak mendengar

Alat bantu dengar adalah sejenis peranti elektronik yang menggunakan bateri untuk menguatkan bunyi. Terdapat beberapa jenis alat bantu dengar; alat bantu dengar jenis belakang telinga (BTE) – ‘Behind The Ear’ adalah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tahan lama dan tahan lasak. Oleh sebab kanak-kanak membesar dengan cepat, alat BTE adalah lebih praktikal kerana alat bantu dengar jenis ini tidak perlu diganti dengan terlalu kerap. Alat jenis ini juga lebih mudah dan murah untuk dijaga.

Fakta mengenai alat bantu dengar

Bagaimana kanak-kanak mendengar dengan alat bantu dengar?

Di dalam alat bantu dengar terdapat mikrofon kecil. Mikrofon ini akan menerima bunyi dan menukarkannya kepada tenaga elektrik yang akan dikuatkan sebelum disalurkan ke telinga melalui pencangkuk telinga. Bunyi akan melalui acuan telinga dan masuk terus ke telinga supaya kanak-kanak yang memakai alat itu dapat mendengar bunyi yang telah dikuatkan. Acuan telinga diacu khas mengikut bentuk dan saiz telinga kanak-kanak. Ia perlu diganti secara berkala mengikut perkembangan fizikal telinga kanak-kanak.

Limitasi alat bantu dengar

Peranti pendengaran: Implan koklea

Apa itu implan koklea?

Implan koklea adalah peranti yang melibatkan pembedahan, di mana ia akan memberi ransangan langsung kepada saraf pendengaran. Ransangan tersebut akan melangkaui sel-sel rambut di dalam koklea yang rosak sehingga menghalang bunyi untuk sampai ke saraf pendengaran. Seperti alat bantu dengar, implan koklea tidak memulihkan pendengaran, tetapi ia membolehkan individu yang bermasalah pendengaran mendengar.

Siapa yang memerlukan implan koklea?

Apabila seseorang kanak-kanak mempunyai masalah pendengaran tahap teruk ke sangat teruk, dan di kedua belah telinganya, serta tidak mendapat manfaat yang mencukupi daripada alat bantu dengar yang optimum, implan koklea akan dipertimbangkan. Sebaiknya kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran sejak awal perlu diimplan sebelum berusia dua tahun. Kajian telah menunjukkan bahawa semakin awal rawatan implan koklea dilakukan, semakin baik keputusan yang diperolehi. Pasukan yang terdiri daripada Doktor pakar telinga, audiologis, terapis pertuturan-bahasa,dan pakar kanak-kanak akan menilai kesesuaian seseorang klien untuk menjalani rawatan implan koklea.

Bagaimana kita mendengar dengan implan koklea?

Seperti alat bantu dengar, terdapat satu mikrofon kecil di dalam pemproses bunyi yang akan menerima bunyi dan menukarkannya kepada maklumat digital. Berbeza dari alat bantu dengar, maklumat ini akan dihantar melalui koil ke implan yang diletakkan di bawah kulit. Implan kemudiannya menghantar signal-signal eletrik ini melalui elektrod-elektrod di dalam koklea dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses sebagai bunyi.

Peranti pendengaran: Sistem FM

Bagaimana kita mendengar dengan implan koklea?

Sistem FM adalah sejenis peranti pendengaran yang terdiri daripada mikrofon yang digunakan oleh penyampai (contoh: guru yang mengajar di dalam kelas) dan alat penerima yang dipakai oleh pengguna alat bantu dengar atau implan koklea. Alat penerima akan menghantar bunyi terus ke alat bantu dengar atau implan koklea. Sistem FM sangat berguna terutamanya di dalam situasi mendengar pada jarak jauh dan di tempat yang bising.