Ucapan terima kasih kepada 7-Eleven Malaysia atas sumbangan 300 pek makanan Ready-To-Eat dan minuman kepada pelajar UKM sebagai salah satu CSR syarikat bersempena Bulan Ramadhan pada 27 Mac baru-baru ini di pekarangan aras 6 Bangunan Pusanika. Usaha ini juga dijayakan dengan kerjasama HEP-UKM serta Pertubuhan KASISWA UKM
18 Mac 2024 - Terima kasih Malaysian Relief Agency melalui HEP-UKM atas sumbangan 500 pek makanan kepada Foodbank KASISWA.
Sumbangan berbentuk barangan makanan ini akan diedarkan kepada pelajar memerlukan di UKM.
Seramai 38 pelajar UKM telah turut serta dalam sesi UKM x YTL Foundation Scholarship Infosession yang telah diadakan pada 17 April secara dalam talian. Pelajar telah diberikan informasi mengenai tatacara permohonan biasiswa YTL Foundation serta kelebihan dan peluang pekerjaan bersama YTL Foundation.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sebak rasanya melihat musibah yang menimpa buat pelajar kita Jumarni yang kehilangan keseluruhan rumah akibat kebakaran. YBhg. TNC HEPA telah mengadakan lawatan dan penyerahan sumbangan berjumlah RM20,000.00 kepada sebuah keluarga besar pelajar 7 adik-beradik (semua tinggal bersama) yang terlibat dalam kebakaran besar memusnahkan lebih 54 buah rumah berlaku pada 13 Mac 2024 di Kampung Tanjung Keramat Tawau Sabah.
Sumbangan ini diserahkan ditapak kebakaran dengan suasana yang sedikit pilu apabila melihat keadaan kemusnahan rumah pelajar dikala menyambut bulan ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya. Dr. Suzeren Md. Jamil Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni kepada ayah pelajar dan turut menyatakan komitmen UKM untuk membantu keluarga dan pelajar pada masa akan datang.
Pelajar sempat merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pihak UKM atas bantuan yang diberikan, kerana bantuan ini sangat membantu meringankan beban keluarga beliau ketika ini untuk membina kembali kehidupan dan kediaman mereka.
Turut hadir bersama dalam lawatan ini adalah YBhg. Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman Pengarah HEP dan YBrs. Dr. Wan Haslan Khairuddin Pengarah Pusat Islam UKM.
Dua orang pelajar UKM telah menerima Bantuan Tabung Kebajikan HEP bersempena Majlis Penghayatan Nuzul Al-Quran UKM pada 28 Mac di Masjid UKM baru-baru ini. Pelajar Mohammad Samir bin Tunreng telah menerima bantuan sebanyak RM1,150 bagi bantuan rawatan perubatan manakala pelajar Muhammad Ikmal Danial bin Bakri telah menerima bantuan rawatan perubatan kos pembedahan sebanyak RM3,100 pada majlis berkenaan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membiaya pelajar universiti di sekitar Wilayah Persekutuan termasuk pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala Lumpur dalam satu majlis pada 29 Mac di Ruang Gelanggang Futsal, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Kuala Lumpur.
UKM telah menjadi salah satu yang telah terpilih dan mendapat tajaan seramai 1,120 pelajar B40 dan Asnaf dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM158,400.00. Pembiayaan ini termasuklah bantuan tiket bas pergi dan balik, tiket penerbangan kapal terbang serta dibekalkan juga duit raya kepada mahasiswa UKM.
Semoga pembiayaan ini dapat meringankan beban pelajar terutamanya kepada pelajar b40 dan Asnaf bagi meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.



