UKMFolio™ SEBAGAI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Dengan segala hormatnya Pekeliling Pengajaran-UKM Bil. 1/2020: Portal Rasmi Pengajaran dan Pembelajaran UKM bertarikh 01 April 2020 adalah berkaitan.

Sukacita, bersama-sama ini dilampirkan dua (2) poster hebahan kepada pensyarah dan pelajar. Pemakluman mengenai UKMFolio™ sebagai pelantar rasmi pembelajaran dalam talian, bagi Semester 2 sesi 2019/2020 yang bermula pada *01 April 2020 (Fakulti Perubatan)*, *20 April 2020 (Fakulti Pergigian)* dan *27 April 2020 (Kampus Induk Bangi, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi)*.

Sehubungan itu, semua bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian boleh dicapai melalui UKMFolio™ dan maklumat mengenai UKMFolio™ boleh diperoleh seperti berikut:

Bahan, tugasan dan peperiksaan:
https://ukmfolio.ukm.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Aduan UKMFolio™:
https://bit.ly/2QX5oFt

Sertai Telegram Pengajaran-UKM:
https://bit.ly/2J07Vuj

Terima kasih & salam hormat.