PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

Timbalan Pengarah (Pembangunan)

Dr Noor Alaudin Abdul Wahab berasal dari Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Beliau mempunyai kelulusan akademik Ijazah Sarjanamuda Audiologi (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ijazah Sarjana Kecelaruan Komunikasi (Audiologi) dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat (USA) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Dr. Alaudin memulakan kerjaya akademik beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1999 sebagai tutor di Jabatan Audiologi dan Sains Pertuturan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM (Sekarang dikenali sebagai Program Audiologi, Pusat Rehabilitasi dan Keperluan Khas, Fakulti Sains Kesihatan). Beliau telah dilantik sebagai pensyarah di jabatan yang sama pada tahun 2003.

Dari segi penyelidikan, Dr Alaudin telah menunjukkan minat di dalam bidang neuro-audiologi iaitu satu cabang di dalam bidang pengajian audiologi. Secara khususnya kajian beliau adalah berkaitan dengan pemprosesan auditori di kalangan pesakit skizofrenia serta halusinasi pendengaran. Hasil kajian beliau telah dibentangkan di dalam beberapa persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta diterbitkan di dalam beberapa jurnal ISI dan SCOPUS. Hasil kajian beliau turut memenangi Anugerah Sanggar Sanjung (Penerbitan Jurnal) USM pada tahun 2015.

Selain itu, beliau juga terlibat secara aktif dengan beberapa organisasi luar UKM. Di antaranya ialah sebagai Presiden Persatuan Audiologis dan Patologis Pertuturan Bahasa, Malaysia (PERSAPSI) 2004 dan Pengerusi Conjoint Board of Studies for Audiology and Speech Sciences (CBOSASS) 2018.

Penglibatan Dr Alaudin di Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bermula dari tahun 1999 apabila beliau memulakan tugasnya sebagai Felo Kediaman di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), UKM dan seterusnya sebagai Felo Kanan pada tahun 2004. Pada tahun 2006 beliau dilantik sebagai Timbalan Pengetua KTSN sehingga tahun 2010 sebelum menyambung pengajiannya di USM. Pada tahun 2016, beliau sekali lagi dilantik sebagai Timbalan Pengetua di KTSN. Perlantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah (Pembangunan) di SISWA-UKM adalah pada 15 Julai 2018. Tugas beliau fokus kepada pemantauan aktiviti latihan/ kursus, kepimpinan, promosi dan perhubungan luar.