π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ 𝐂𝐒𝐑 & ππ„ππ†πŠπ„π‹ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ @ EKOMAR

Pusat IDEA bersama Kluster Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melaksanakan Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) serta Bengkel Sumbang Saran Bersama Komuniti pada 12 Ogos 2025 bertempat di EKOMAR, Mersing, Johor.

Pada sebelah pagi, aktiviti CSR bertemakan β€œSifar Sampah, Sifar Plastik” telah menghimpunkan seramai 88 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), antaranya Pejabat Daerah Mersing, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Daerah Mersing serta Persatuan Nelayan Kawasan Mersing.
Inisiatif ini bertujuan memupuk kesedaran kelestarian alam sekitar serta memperkukuh kerjasama antara universiti, komuniti dan agensi berkaitan dalam mendukung pembangunan mampan.

Manakala pada sebelah petang, Bengkel Sumbang Saran Bersama Komuniti telah diadakan dengan penglibatan 22 peserta yang terdiri daripada penghulu mukim, ketua kampung, pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), pengusaha pelancongan, pengusaha kedai makan serta wakil Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal.
Perbincangan memfokuskan kepada inisiatif kelestarian, pembangunan komuniti Mersing serta potensi kerjasama strategik di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan Persatuan Pelancongan Mersing (MTA).

Usaha ini membuka ruang dialog dua hala dan memperkukuh jaringan akademia–industri–komuniti ke arah penciptaan impak lestari dan kesejahteraan bersama.

#IDEAUKM #UKMSharing #IlmuMutuBudi #EKOMARMersing

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*