Festival IDEA peringkat Negeri Selangor 2025 (FOI@Selangor) pada kali ini diadakan bermula 25 hingga 26 Oktober 2025 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Festival ini adalah sebahagian daripada program nasional Festival of IDEA (FOI) yang mula diperkenalkan pada tahun 2024 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi membudayakan pemikiran kritikal, perkongsian pengetahuan dan inovasi merentas negeri-negeri di Malaysia. YAB Dato’ Seri Amiruddin bin Shari, Datoβ Menteri Besar Selangor telah merasmikan FOI Negeri Selangor pada 25 Oktober 2025. Majlis ini turut dihadiri, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin Naib Canselor UiTM. Pusat IDEA bersama Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi UKM telah mengambil peluang dalam menyertai FOI ini dengan mempamerkan sebanyak 12 produk hasil daripada penyelidikan UKM. Pameran ini telah menarik minat dan tumpuan pengunjung pada hari pertama di ruang reruai UKM yang membolehkan mereka meneroka serta mempelajari teknologi yang diperkenalkan. Di samping itu, FOI ini juga membuka ruang kepada pengunjung termasuk penyelidik, pemain industri, dan pihak kerajaan untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan serta inovasi antara akademia.
#UniversitiKebangsaanMalaysia #IlmuMutuBudi #UKM #UKMSharing




